Korang semua dah tengok ke Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal? Dengar cerita nak dapat seat pun susah sebab asyik fully booked je. Admin tengok dekat Twitter ramai orang bagi rating tinggi-tinggi untuk filem ni.
Tapi, tengah-tengah admin scroll Twitter, terjumpa pula satu tweet tak sedap dari Alan Al Padat pasal review sorang ‘feminist’ pasal filem Upin Ipin ni.
https://twitter.com/IniAlannn/status/1111932445014712320
Menerusi screenshot dari Alan Al Padat ni, seorang ‘feminist’ ini dikatakan bitter sampai cerita kartun pun boleh jadi isu untuk sembang idea toxic maculinity. Cuba korang baca apa wanita ni cakap.
“Saya dah tengok movie Upin Ipin, dan saya rasa ia movie yang bagus. Saya suka cara mereka gabungkan banyak budaya dan legenda cerita rakyat asia dalam filem ini.
“Namun, ada beberapa perkara dalam filem ini yang mengganggu saya. Macam ‘anak jantan tak menangis’ (maskuliniti toksik) dan semua pahlawan dalam filem ini adalah lelaki.
“Saya agak kecewa bila mereka tak masukkan karakter Cik Siti Wan Kembang kerana dia yang meneraju pahlawan-pahlawan wanita. Tapi, keseluruhannya, ia filem yang bagus dan saya berikan 8/10.”
Kerana review ini agak tular di Twitter, ia telah mendapat kecaman dari netizen yang sememangnya ‘alergik’ dengan feminist.
“Kalau nak sangat pergi cipta negara perempuan”
Bagaimanapun, bukan semua yang mengecam. Ada juga yang faham apa yang wanita ini cuba sampaikan.
“Itu cuma pandangan dia sebagai movie goer aje”
Semua orang ada pendapat masing-masing. Tak semestinya ini cerita kartun, orang tak boleh nak bagi komen pasal content cerita ni.
Suka atau tak, idea yang kita ‘suap’ pada budak-budak menerusi cerita kanak-kanak pun penting juga untuk kesejahteraan humanity.