in

“Kalau nak membaran jangan libatkan periuk nasi orang lain” – Pekerja J&T Tunjuk Lori Kosong Gara-gara Isu Mogok

collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas tular isu pekerja J&T mogok campak barang pelanggan dan lambat hantar barang, baru-baru ini tular video seorang pekerja menunjukkan barang di dalam lori semakin sikit.

Menerusi TikTok, seorang pemuda bernama Afiq telah memuat naik video dia buka lori syarikat kurier itu dan kelihatan barang di dalam lori tersebut tak banyak seperti selalu dan terdapat banyak ruangan kosong di dalam bahagian lori tersebut.


https://twitter.com/CahayaSakinah_/status/1361192082790961153

Selalu delivery mesti 100-150 sehari, tetapi selepas kejadian tempoh hari cuma dapat 20-30 barang sahaja.”

Macam yang korang tahu, penghantar barang dapat komisyen dorang dari jumlah barang yang dorang hantar sehari, kalau sikit barang maka sikitlah komisyen yang dorang perolehi.

Bercakap dengan mStar, Afiq mengatakan yang dia faham kejadian yang berlaku itu bukannya sesuatu yang mudah untuk dilupakan namun untuk orang yang tak ada kena mengena dan buat kerja dengan ikhlas turut kena tempiasnya.

Mungkin pelanggan hilang kepercayaan terhadap kami. Tapi kasihanilah kami yang dari dulu kerja ikhlas tak buat masalah.”

Tambahnya lagi, dia percaya rakan-rakan dari negeri lain turut mengalami masalah yang sama namun meminta agar pelanggan dapat memberikan semula kepercayaan kepada mereka kerana yang buat masalah hanya beberapa orang sahaja.

“Kalau nak membaran jangan libatkan periuk nasi orang lain”

Manakala di Twitter, ramai netizen masih meluahkan rasa tak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat kurier ini dan walaupun barang dah semakin sedikit, mereka tetap dapat barang lambat dan barang yang rosak.

Screenshot 2021 02 16 at 6.26.08 PM down

 

Baca: “Kotak kemek saya tak kisah, tapi kenapa sampai macam ni” – Wanita Kecewa Terima Parcel Dari J&T Disarung Seluar Dalam

Screenshot 2021 02 16 at 6.43.54 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.