Selepas kes mereka jadi reda, nampaknya isu mengenai rumahtangga Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera sekali lagi menjadi perhatian netizen di media sosial semalam apabila Rossa ada muat naik satu post yang memberikan gambaran seolah-olah pasangan ini ‘tidak tenteram’ sebelum ia dipadamkan.
Dikatakan dalam posting tersebut, Rossa menjelaskan bahawa ia berkenaan dengan ‘orang ketiga’ dan dikhabarkan Rossa telah menyatakan bahawa dia telah bagi kebenaran untuk bermadu.
Kalau nak bermadu, kena terima keluarga saya dan anak-anak saya. Bukan hancurkan keluarga saya.”
Dikhabarkan, Rossa kini tidak kisah untuk bermadu, jadi Rossa menetapkan syarat perlu terima keluarga dan anak-anaknya, dakwa Rossa lagi, ‘orang ketiga’ tersebut dikatakan suka membuat ugutan.


Difahamkan, Rossa muat naik IG post dan IG story ini malam tadi sebelum ia dipadamkan. Dalam perkongsian itu juga sebelum ini Rossa ada kongsikan perbualan mesej yang menunjukkan wanita yang dikenali sebagai Farah itu memarahi dan memaki hamun orang.

Namun begitu, dalam sepanjang waktu sehingga artikel ini ditulis, Rossa ada membuat luahan seolah-olah satu keluhan kerana ada orang yang cuba nak ‘pegang’ keluarganya.

Terdahulu, rumahtangga Shuk Sahar dikatakan mengalamai pergolakan akibat orang ketiga, sehingga ada video yang menunjukkan Rossa ke rumah wanita tersebut untuk mencari suaminya dah lama tak pulang.
Shuk yang sebelum ini bertugas sebagai penyampai stesen radio tempatan telah digantung kerja sebelum diberhentikan. Bagaimanapun, hubungan Shuk dan Rossa kembali pulih.

