Satu hantaran daripada pasangan pempengaruh dan usahawan telah menarik perhatian netizen baru-baru ini di mana Ammar Azizan menunjukkan isterinya, Adira Salahudi, di hospital sebelum bersalin.
Video tersebut memperlihatkan kelakuan isterinya yang agak unik iaitu bersiap untuk bersalin, di mana isterinya itu bersolek sebelum masuk ke wad bersalin.
Artikel berkaitan : Baru Melawat Isteri Bersalin Di Hospital, Imam Maut Terlibat Kemalangan
Artikel berkaitan : Doktor Kongsi Kisah Wanita Bersalin Dalam Kereta, Beri Peringatan Buat Bakal Ibu Untuk Bersedia Lebih Awal
@ammarazizann Doakan isteri saya selamat bersalin dan dipermudahkan urusan 🙏🤲 @Adira Salahudi
♬ Tuhan Tak Pernah Janji – Jangan Pernah Menyerah – Debbie Great
Video tersebut telah tular dan meraih 739K jumlah tonton dalam tempoh artikel ini ditulis dan mempunyai 26K tanda suka.
Selain bersolek, dapat dilihat Adira memakai gaun lawa biarpun ada drip di tangannya. Sesambil bersolek dia tersenyum lebar saat disapa oleh suaminya.
“Doakan isteri saya selamat bersalin dan dipermudahkan urusan,” jelasnya menerusi kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen namun begitu ada juga anggap ia satu perkara yang tidak perlu dijadikan isu.
Pun begitu, ada juga netizen yang menegur jika perkara itu boleh atau tidak dilakukan di hospital kerajaan kerana ada sebab-sebab tertentu.
Tak silap Che Ta dulu dah buat trend ni kan? Lawa je dia walaupun baru lepas bersalin Aaisyah.
Sumber : TikTok