China telah melancarkan ‘Sky Train” untuk kegunaan komersial dan telah dibuka kepada orang ramai pada minggu lepas.
Memetik laporan ECNS, kereta api itu ditempatkan di Wuhan, Wilayah Hubei, China.
Dengan kelajuan maksimum 60 kilometer sejam, ‘Sky Train’ tanpa pemandu itu bergerak di landasan udara sepanjang 10.5 kilometer di Lembah Optik Wuhan, hab pengoperasian syarikat-syarikat teknologi.
Anda boleh klik di SINI untuk tengok video ‘Sky Train’ tersebut.
Fasa pertama laluan itu mempunyai enam stesen dan beroperasi menggunakan dua buah gerabak yang boleh memuatkan maksimum 220 orang.
Berbanding dengan kereta api tradisional atau kereta api bawah tanah dua landasan, ‘Sky Train’ ini menawarkan perjalanan yang lebih lancar dan dijangka dalam mengurangkan gangguan lalu lintas dan pejalan kaki yang lain.
Yang menarik mengenai ‘Sky Train’ ini adalah ianya turut dilengkapi kaca lutsinar pada lantai gerabak untuk penumpang melihat bandar di bawah kaki mereka.
‘Sky Train’ juga akan menambah lebih banyak gerabak bergantung pada aliran penumpang. Pengangkutan awam terbaharu yang dilancarkan ini juga dijangka akan memberikan alternatif kepada penduduk di sana.
Sumber: ECNS, YouTube South China Morning Post
Baca: Bukit Bendera Tersenarai Sebagai ‘Tourist Trap’ No.1 Paling Teruk Di Asia