Baru-baru ini, ramai netizen serta penerima bantuan telefon mudah alih bagi tujuan PdPR telah mengkritik telefon pintar yang diterima gara-gara ia tidak sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran.
Malah, ramai yang mengadu telefon yang dipohon melalui subsidi itu cepat panas dan mudah rosak walaupun masih baru diterima. Tak cukup dengan itu, ada juga kes telefon pintar tersebut terbakar semasa menjalani kelas dalam talian.
Telefon yang menjadi pertikaian ini dikenal pasti sebagai telefon model YES Altitude 3 yang dijual oleh YTL Communications. Antara spesifikasinya ialah skrin 5 inci, resolusi 854×480 piksel, pemproses 1.3GHz, 1GB RAM dan 8GB storan.
Ekoran kritikan yang diterima, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad telah mempertahankan tindakan kerajaan negeri yang mengedarkan 20,000 telefon pintar kepada pelajar di bawah program “Tuisyen Cikgu Saarani”.
Menurut Malaysiakini, Saarani menjelaskan telefon tersebut bukan dibeli oleh dana awam tapi sebaliknya merupakan sumbangan daripada Yayasan YTL.
Bila kita susah, orang nak sedekah kita terima. Tak adalah demand-demand kan?
“Kalau masa kita tengah susah ni, orang bagi ikan sardin, ikan sardinlah kita makan. Tak ada kita (minta) nak makan ayam pula.
“Itulah ceritanya. Jadi nak gambarkan bahawa telefon pintar itu diberi secara percuma dan kami menerimanya dan kami telah pun mengedarkan kepada pelajar-pelajar.”
Saarani turut berterima kasih kepada Yayasan YTL yang sanggup memberikan sumbangan serta turut mengalu-alukan syarikat lain yang mahu berkolaborasi untuk beri sumbangan secara percuma kepada kerajaan negeri.
Bila ditanya adakah kerajaan negeri bercadang untuk menaik taraf telefon pintar tersebut agar lebih sesuai digunakan, Saarani mengatakan, “lebih baik ada daripada tiada”.
Lebih baik ada daripada tiada. Kalau tidak ada sumbangan Yayasan YTL ini, bermakna ribuan anak-anak B40 tidak ada satu peranti pun untuk mereka ikuti PdPR.”
Selain itu, Saarani juga mengatakan dia tak bimbang dengan insiden telefon pintar tersebut terbakar kerana perkara itu tak ada kaitan dengan program kerajaan negeri Perak walaupun menggunakan model yang sama.
“Daripada 100,000 telefon yang diedarkan di seluruh Malaysia, hanya satu yang terbakar. Takkan kita nak jadikan sebagai satu punca untuk kita membuat siasatan.
“Di rumah saya pun saya beli banyak bulb lampu. Kalau terbakar takkan saya nak marah syarikat itu.”
Sebelum ini, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud dilaporkan berkata spesikasi telefon tersebut hanya sesuai digunakan untuk pembelajaran sekaligus dapat elak dari disalah guna untuk tujuan lain seperti permainan video.
Ini respon netizen mengenai penjelasan MB Perak ini:
Baca: “Aku tak menyesal” – Dihina Miskin Tak Mampu Beli Handphone, Pemuda 20 Tahun Cekik Rakan Sampai Mati