in

“Kalau boleh dia pun diberi hukuman” – Ibu Zulfarhan Harap Bomoh Bertaubat

Bomoh Zullfarhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain terus menjadi sorotan media selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut UPNM.

Menerusi satu temu bual bersama Mingguan Wanita, ibu kepada Allahyarham Zulfarhan iaitu Hawa Osman meluahkan rasa terkilan terhadap seorang bomoh yang didakwa ‘pencetus’ dalam kes menyayat hati ini.


Dia berharap agar bomoh yang juga bapa kepada salah seorang pelaku segera bertaubat dan datang berjumpa dengan mereka sekeluarga untuk membuat permohonan maaf.

Artikel berkaitan: “Masa awal kau buat musuh” – Ibu Dedah Pernah Dimarah Ibu Bapa Pelaku Sebab Pakai Baju #Justice4Farhan

Artikel berkaitan: “Terbukti Along tak bersalah” – Adik Arwah Zulfarhan Zahir Rasa Syukur Keadilan Memihak Kepada Abang

“Saya harap bomoh itu bertaubat dan kalau boleh dia datang jumpa dengan kami buat permohonan maaf.

“Kalau boleh saya memang berdoa biar bomoh itu pun diberi hukuman, maknanya badan dia itu juga ada kesan tekapan seterika. Biar dia rasa bagaimana anak saya rasa,” katanya.

@mingguanwanita

“Pada bomoh yang tuduh anak saya tu, bertaubatlah. Datang minta maaf pada kami dan seluruh rakyat Malaysia,” ini luah Puan Hawa ibu kepada arwah Zulfarhan. Ada banyak lagi dikongsikan oleh ibu bapa arwah termasuk reaksi terkejut wajah keenam-enam tertuduh yang sebelum itu dilihat melambai-lambai serta wajah keriangan bila Hakim mengumumkan mereka ke tali gantung. Saksikan temubual penuh bersama kedua ibu bapa arwah di YouTube Mingguan Wanita esok. #mingguanwanita #temansetiapwanita #zulfarhan

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Berdasarkan kronologi, Zulfarhan telah dituduh mencuri sebuah laptop apabila namanya disebut oleh seorang bomoh sebelum arwah dibuli dan dipukul sehingga mati.

Allahyarham bukan sahaja dipukul supaya mengaku mencuri laptop berkenaan malah turut ditekap menggunakan seterika wap dan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

452288911 8231266003592957 2975814004824501063 N

Dalam pada itu, Hawa berkata, setiap umat Islam sepatutnya bergatung kepada bantuan Allah SWT dan bukannya percaya kepada tilikan seorang bomoh.

“Kalau boleh kita minta kepada Allah. Ada juga bomoh yang boleh dipercayai tapi bomoh ini dia kata dia sembahyang hajat menggunakan barang dan konon nama arwah tertera.

“Selama ini kata lah mereka pernah pergi ke bomoh. (Bomoh) ini hanya kata saudara atau orang terdekat sahaja. Tak ada cakap pun nama,” ujarnya.

Terdahulu, hakim mahkamah menyifatkan kes pembunuhan ini sebagai jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.