Selepas pemergian suami, BCL sudah tentunya menyepi sementara di dunia media sosial untuk memberi ruang pada dirinya dan Noah menyendiri.
Selepas lebih sebulan Ashraf meninggal dunia, semalam BCL mendapat kekuatan untuk update di Instagram sempena dengan hari lahirnya yang ke-37
https://www.instagram.com/p/B8anC2jl4rc/
Saya tahu diri ini tidak memuat apa-apa di IG sejak kebelakangan ini kerana sejujurnya masih belum bisa.”
Tapi pada hari istimewa ini, saya putuskan untuk sampaikan terima kasih untuk semua ucapan dan cinta yang diberi untuk aku.”
Bersyukur dikelilingi orang yang menyayanginya
Aku amat bersyukur dan dirahmati dikelilingi keluarga, teman, peminat dan semua yang sayangkan diri ini serta sentiasa menyokong.”
Ini bukan perjalanan yang mudah tapi sedikit demi sedikit aku berusaha bangkit dan berjalan…”
Mohon doakan Ashraf
Di kesempatan itu juga, BCL berharap orang ramai dapat meluangkan sedikit masa untuk menitipkan doa buat arwah suami tercinta, Ashraf.
Pada hari ulang tahun saya, kalau boleh minta dikirimkan doa untuk Ashraf dan semoga kita semua dilindungi daripada bahaya.”
Hati-hati dan duduk di rumah. Mari sama sama jaga diri dan semua… Aku sayang semua.”
Entri terakhir BCL di Instagram adalah 14 Februari lepas dan Ashraf disahkan meninggal dunia pada 18 Februari akibat serangan jantung. Berita pemergian Ashraf mengejutkan ramai di Indonesia dan juga Malaysia sehingga cerita tentang keluarga itu trending di media sosial sehingga 2 minggu berturut-turut.
Masing-masing memberi kata-kata sokongan dan berhadap BCL serta Noah peroleh kekuatan untuk terus bangkit selepas pemergian Ashraf.
https://www.instagram.com/p/B5nFdMHlbB5/
Baca: