in

“Kalau betul sekalipun..” – Dakwaan Ira Kazar Hamil, Ini Respon Yusof Haslam

Ira Kazar Hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, timbul khabar angin mengatakan isteri kepada Syamsul Yusof, Ira Kazar kini sedang hamil.

Malah ada dakwaan mengatakan, pengarah popular itu mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan isterinya.


Bapa kepada Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkhabaran itu kerana bimbang ia akan disalah tafsir dan menyinggung hati banyak pihak.

Artikel berkaitan: “Isteri saya masih bersedih” – Datuk Yusof Haslam Enggan Ulas Isu Ira Kazar Hamil

Artikel berkaitan: “Dah takde baru nak call” – Yusof Haslam Komen Isu Gosip Anak, Sebak Menunggu Kepulangan Syamsul

Menerusi temu bual bersama Melodi, pengarah berusia 70 tahun berkata, dia mahu menjaga hati banyak pihak terutama isteri, Datin Patimah Ismail dan anaknya.

“Saya tidak mahu komen mengenai itu. Saya tidak mahu memberi sebarang penjelasan kerana ada banyak hati yang perlu saya jaga.

“Saya tidak boleh memberi komen apa-apa kepada benda yang saya tidak tahu. Kita juga sudah lost contact

@melodiberapi

Datuk Yusuf Haslam tidak mahu memberi sebarang komen mengenai dakwaan telah menerima cucu baru dari pengarah Syamsul Yusuf & Ira Kazar. #meloditv3 #irakazar #syamsulyusof #skopproductions #datoyusofhaslam #pregnant #cucuatok

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Menurut Yusof Haslam, sekiranya benar khabar berita itu, dia masih tidak boleh memberi sebarang komen.

Meskipun sudah lama tidak berhubung, namun Yusof mengakui tetap menyayangi anaknya dan sentiasa memberi sokongan pada setiap karya yang dihasilkan olehnya.

Untuk info, Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada aktor Kazar Saisi pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.