in

“Kalau betul boleh puja hantu, aku akan delete” – Pemilik Lagu Lathi Cabar Da’i Wan Buktikan Lagu Itu Boleh Seru Hantu

Untitled Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih lagi tentang #LathiChallenge.


Semalam kami ada terbitkan satu artikel tentang perkongsian Twitter dari seorang pendakwah terkenal, Da’i Wan Dazrin yang meminta agar aksi challenge itu dihentikan serta merta.

Dakwa beliau, ia merbahaya untuk dijadikan hiburan kerana dikatakan wujud dari sesetengah budaya Jawa yang syirik dan khurafat.

Tweet tersebut kemudiannya sampai ke pengetahuan salah seorang pemilik lagu tersebut, Reza Arap — yang membalas dakwaan Da’i Wan di laman Twitternya sehingga menimbulkan kontroversi dalam kalangan warga maya Indonesia.

Reza menjawab dakwaan Da’i Wan, dengan mencabar beliau menunjukkan bukti sekiranya benar lagu itu boleh memanggil hantu. Jika terbukti benar, Reza sendiri akan memadamkan lagu tersebut dan muzik videonya di semua platform.

Dan jika tidak, beliau menuntut permohonan maaf dari Da’i Wan kerana menyebarkan tuduhan palsu.

Namun apabila disemak semula, Da’i Wan nampaknya telah memadamkan posting tersebut.

Bukan saja dalam kalangan netizen Indonesia, beberapa portal seberang juga mula pick up isu tersebut seperti Kompas.com.

Hmm, dahsyat juga penangan #LathiChallenge ni.

 

Baca: “Seperti memanggil Kuntilanak serta Roh Kuda Kepang” – Da’i Wan Perjelaskan #LathiChallenge Ada Unsur Syirik & Khurafat

 

Annotation 2020 06 05 162720

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.