in

“Kalau anda penat, kami 3 kali ganda penat” – Isu Kekecohan Hospital Serdang, Doktor Tampil Bagi Respon

ft kecoh hospital serdang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu tular satu video yang memaparkan kekecohan di bahagian Klinik Kardiologi, Hospital Serdang di media sosial Hospital Serdang di media sosial, difahamkan ada seorang pesakit memarahi kakitangan hospital tersebut kerana penat menunggu dari pukul 8 pagi hingga 7 petang, tetapi gilirannya masih belum tiba untuk berjumpa dengan seorang doktor.

 

“Ada yang tak sempat nak solat.”


Susulan itu, ia membuat seorang doktor yang dikenali sebagai Farra Diana tampil memberikan respon dan menjelaskan kejadian sebenar disebalik kesibukan pesakit yang menunggu giliran.

Katanya, kakitangan kesihatan terpaksa bekerja sekurang-kurangnya 14 jam sehari dengan bayaran yang sangat rendah.

“Kami tak ada masa pun nak makan, sembahyang pun nak lari-lari. Ada yang tertinggal waktu solat dan dengan kurangnya tenaga kerja, kami kena juga kendalikan kemasukan pesakit yang semakin banyak. Kalau awak penat menunggu, kami 3 kali ganda penat.”

Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada orang ramai agar tidak sesekali marah doktor, jururawat atau mana-mana kakitangan kesihatan kerana mereka juga turut letih.

“Kalau nak marah, marah dekat KKM, gesa mereka untuk cari lepas tenaga kerja, cari penyelesaian untuk tambahkan kakitangan. Kami tahu anda sedang merana tapi kami pun terkejar-kejar juga.”

 

KKM mohon maaf

Ekoran dengan penularan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat permohonan maaf atas kejadian tersebut, menterinya, Dr. Zaliha Mustafa menjelaskan situasi yang terjadi dalam video tersebut.

Menurut Kosmo! Online, beliau memaklumkan bahawa ‘kekecohan’ itu berpunca daripada salah faham antara pesakit dan kakitangan hospital.

“Saya maklum tentang kejadian yang ditularkan itu dan difahamkan terdapat salah faham yang telah berlaku di mana ketika kejadian Penolong Pegawai Perubatan ketika itu sedang menggunakan telefon untuk menguruskan temu janji pesakit.”

“Kehadiran kes yang ramai juga telah menyebabkan waktu menunggu yang panjang dan dalam kes ini, ia melibatkan kes ulangan janji temu.”

Screenshot 2023 02 07 154637

Dalam pada itu, Dr Zaliha menyatakan bahawa pemeriksaan untuk pesakit jantung harus dilakukan dengan lebih teliti dan ia juga ambil masa yang lama untuk setiap pesakit.

“KKM bagaimanapun memohon maaf di atas kejadian yang berlaku dan pihak hospital akan meneliti perkara ini selain melaksanakan penambahbaikan.”

“Saya juga berharap agar orang ramai juga ada rasa empati terhadap petugas kesihatan yang juga bekerja keras tanpa henti untuk membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.”

Baca : Tular Video Pesakit Bergaduh Mulut Di Hospital Gara-Gara Tunggu Rawatan Terlalu Lama

f3 hkk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.