Macam yang korang tahu, semalam Datuk Seri Vida telah melakukan sidang media mengumumkan yang dia akan menyaman pengacara sensasi Azwan Ali kerana mengutuk produk keluarannya dan menghina kematian dua anak lelakinya.
Selepas sidang media ini, Pocket TV telah memuatnaik temubualnya bersama Cik B. Dalam temubual ini, Cik B telah memberikan pesanan kepada Azwan Ali.
Uncle Azwan Ali ataupun Tok Wan please jangan selalu stress, selalu mencarut. Nanti kalau kita stress stress kita macam dapat strok.”
Cik B turut mengatakan yang dia tak terlalu ambil berat dengan apa yang Azwan Ali katakan kerana ramai lagi orang yang menyokong dia.
https://www.instagram.com/p/B8ZJfg-nqk-/
Respon dari Cik B ini telah membuatkan ramai netizen salute dengan kematangan dia. Mana taknya, kalau kita kena hina macam ni, confirm dah mengamuk.
“Dengan ini, Diva AA memohon maaf secara terbuka”
Dalam sidang media bersama Azwan Ali pula semalam, pengacara ini telah pun meminta maaf secara terbuka kepada DSV atas hinaan yang dia berikan ke atas perniagaan usahawan ini dan kata cercaan terhadap arwah anak-anaknya.
Menurut mStar, Azwan membuat keputusan untuk memohon maaf selepas dia membuat perbincangan dengan peguamnya. Azwan turut memadan semua status-statusnya di media sosial di hadapan wartawan yang hadir ke sidang media semalam.
Bukan tu je, Azwan turut mengatakan yang dia bersedia untuk berjumpa dengan DSV depan-depan dan kalau ada peluang untuk membuka perniagaan bersama, dia sanggup kerana berdamai itu lebih baik.
Harapnya persengketaan antara Diva AA dan DSV ni akan berakhirlah ye? Tapi minta-minta Azwan Ali lepas ni lebih berhati-hatilah, jangan bila orang nak saman baru nak minta maaf ye?