in

“Kalau aku buat salah, aku minta maaf tau”- Isteri Kongsi 9 Tanda ‘Pelik’ Sebelum Abam Bocey Meninggal Dunia

FEATURED 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita pemergian pelawak terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32 tahun pada Isnin 10 Februari akibat demam panas sememangnya mengejutkan ramai pihak.

Ramai yang turut berduka dengan pemergian pelawak tersebut yang dikenali sebagai seorang yang merendah diri dan mengutamakan keluarga dalam apa jua perkara.


 

Disini Lobak Merah kongsikan 9 tanda-tanda yang ditunjukkan Abam sebelum meninggal dunia, seperti yang dikongsikan balu allahyarham Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28 kepada Gempak.

1 29

 

1. Makan ramai-ramai

Arwah ajak balik kampung (keluarga mertua) untuk makan ramai-ramai, sebulan sebelum arwah meninggal dunia.

Malah ketika waktu makan, arwah yang selalunya makan di meja makan, ajak ahli keluarga yang lain bersila di bawah dan makan bersama. Malah arwah juga makan pucuk ubi yang dimasak Hidayah walaupun keras.

2. Setiap hari arwah suruh masak telur dengan sayur

Arwah cakap ‘abang tak pernah jemu makan masakan sayang’ bila ditegur isteri kerana makan menu yang sama setiap hari.

3. Hari Jumaat sebelum meninggal, arwah cakap dengan kawan-kawan dia ‘kalau aku buat salah, aku minta maaf tau’ sebaik sampai di depan rumah.

2 14

4. Hidayah dan Hamzah dibawa pergi kemana sahaja mengikut arwah termasuk masa rehearsal Maharaja Lawak Mega (MLM) yang habis sehingga tengah malam.

Padahal sebelum ini arwah tak pernah bawah Hidayah dan Hamzah.

5. Pada hari Jumaat (sebelum abam meninggal) arwah peluk Hidayah dan Hamzah sambil memandang dan berkata “sayang kalau abang takda, jaga diri, jaga anak tau” sambil menangis.

unnamed 2

6. Hari Sabtu (keesokan hari) arwah demam dan sakit kepala.

Waktu isterinya masuk bilik jumpa arwah, arwah berkata “Dengar ni abang pesan, kalau abang takda jaga diri dan anak”, benda ni diulang banyak kali.

*Hidayah ingat arwah main-main.

7. Hari Ahad, arwah cakap sakit kepala sangat dan berasa tak larat. Hidayah suruh arwah mandi sebelum makan.

Waktu itu arwah minta Hidayah mandikan. Lepas itu Hidayah ajak makan, pada awalnya arwah tolak namun kemudian makan juga nasi dengan sup ayam.

untitled design 43 1

8. Pukul 2 pagi arwah rasa panas, so dia nak mandi lepas itu arwah duduk kat kerusi sambil kata dia tak larat.

Namun pada masa sama arwah tetap tanya sama ada Hidayah okey atau tak.

9. Kira-kira pukul 5 pagi, arwah kata nak rehat. Waktu itu Hamzah merengek nak susu.

Arwah tidur di belakang Hidayah dan waktu Hidayah tersedar dia perasann hidung arwah berbuih dan bila dikejut arwah tidak bagi respon.

 

Salam takziah dari Lobak Merah

Baca : Ini hal dalam kain haram kita bincangkan PU & Dai Minta Netizen Jangan Sibuk Isu Ali Puteh  Isteri Arwah Abam Bocey

3 8

 

Sumber: Harian Metro
Sumber: Blog
Sumber: Rojak Daily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.