in

Kakitangan Kerajaan Hilang RM852,000 Ditipu Scammer, Baki Dalam Bank Tinggal RM48

Cats 85

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kakitangan kerajaan mengalami kerugian besar apabila dia menjadi mangsa penipuan ‘scammer’ yang menyamar sebagai pegawai insurans, pegawai polis dan mahkamah.

Difahamkan, modus operandi yang digunakan adalah ‘phone scam’ dan mangsa dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM852,000.


Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berdasarkan laporan yang dibuat oleh lalki berusia 50-an itu, dia ada menerima panggilan daripada seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai insurans dari ibu pejabat di Ampang, Selangor pada Januari lalu.

Istockphoto 1351635087 612X612 1

Menurutnya, wanita itu mendakwa mangsa telah membuat tuntutan kos pembedahan sebanyak tiga kali dalam tempoh yang singkat.

Sebulan selepas itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari syarikat insurans yang sama yang mendakwa mangsa telah telah terbabit dengan kes penggubahan wang haram.

“Pada awal Februari, mangsa sekali lagi menerima panggilan daripada syarikat insurans yang sama memaklumkan bahawa mangsa terbabit dengan kes penggubahan wang haram.

“Waran tangkap dan waran pembekuan akaun ke atas mangsa dikeluarkan sebelum panggilan disambungkan kepada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

“Mangsa diarahkan membuka akaun bank dan mendaftarkan nombor telefon yang diberikan suspek. Suspek kemudian meminta mangsa memindahkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) ke dalam akaun yang baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Kemudian, mangsa diarahkan untuk membuat pinjaman peribadi dengan sebuah bank sebanyak RM350,000 dan permohonan lulus sebanyak RM327,000.

Lalu mangsa bertindak memindahkan wang itu ke dalam sebuah akaun seperti yang diarahkan oleh suspek.

Suspek memberitahu mangsa bahawa pihak mahkamah memerlukan masa selama tiga bulan untuk memberikan keputusan rasmi kepadanya.

Akhirnya mangsa menyedari dia telah ditipu apabila gagal mendaftar perbankan dalam talian kerana ada pihak mendaftar menggunakan nombor akaun mangsa.

Mangsa mendapati baki dalam akaun hanya tinggal RM48. Sedar telah ditipu, mangsa membuat laporan polis dengan anggaran kerugian sebanyak RM852,000.

Kredit: Harian Metro

BACA: Gunakan AI Perdaya ‘Rakan’, Scammer China Hampir Berjaya Curi RM3 Juta

Capture 17

 

Sumber: iStock

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.