in

Kakitangan Awam Indonesia Boleh Pilih Untuk Kerja 4 Hari Seminggu

1indo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan kejayaan  projek perintis pada Jun tahun lalu, Kementerian Badan Usaha Milik Negara Republik Indonesia melancarkan inisiatif bekerja empat hari seminggu kepada kakitangan kerajaan yang berminat.

Memetik laporan Berita Harian, inisiatif itu dikenali sebagai Jadual Kerja Mampat dan adalah program sukarela bagi membolehkan kakitangan kerajaan terpilih bekerja hanya empat hari dalam seminggu.


Screenshot 2025 02 02 at 11.16.49 AM

Semasa program perintis itu dilaksanakan pada Jun 2024, pekerja yang mengambil bahagian mampu bertugas 40 jam seminggu sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan. Timbalan Menteri Pengurusan Sumber Manusia, Teknologi dan Maklumat, Tedi Bharata menerangkan mengenai inisiatif ini untuk keterangan umum

Jika seseorang bekerja selama 40 jam dalam seminggu, mereka boleh memilih untuk bekerja empat hari pada minggu sama. Bagaimanapun, jika syarat bekerja selama 40 jam gagal dipenuhi, pekerja terpaksa bekerja lima hari seminggu.

Ketika ini, hanya pekerja Kementerian Badan Usaha Milik Negara yang dibenarkan bekerja selama empat hari seminggu.

Inisiatif minggu kerja empat hari masih dalam proses penilaian keberkesanannya sebelum ia berpotensi diperluaskan kepada syarikat di bawah bidang kuasa Kementerian Badan Usaha Milik Negara.

 

Baca: “Jangan terjebak dengan kegiatan haram di negara asing”- Presiden Indonesia Prabowo Subianto Ingatkan Rakyat Indo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.