Jangan disangka air yang tenang tiada buaya.
Inilah yang terjadi kepada seorang wanita warga emas yang berdepan detik cemas ketika kaki kanannya dibaham buaya sewaktu sedang menangkap udang galah bersama rakan nelayan yang lain.
Kejadian yang menimpa Nurkaisa Ausad, 65 ini berlaku di Sungai Timun, Lubok Cina, Alor Gajah, Melaka pada jam 4 petang, 1 September lalu menyebabkan kakinya cedera dari tumit hingga keting sebelum dibawa ke hospital oleh rakan nelayan untuk rawatan segera.
Artikel berkaitan: Anak Buaya Tembaga Ditangkap Di Port Dickson, Orang Ramai Diminta Berwaspada
Artikel berkaitan: “Buaya Pahang Tak Baham Orang” – Lelaki Kongsi Kisah Perjanjian Antara Buaya Dan Pawang Kadir
Memetik laporan Berita Harian Online, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, laporan diterima daripada anak mangsa yang dihubungi rakan ibunya. Siasatan mendapati semasa mangsa turun ke sungai yang tidak jauh dari perahu untuk menyerkap udang galah, kaki kanan mangsa tiba-tiba digigit buaya.
Akibat itu, mangsa meronta-ronta sebelum kakinya terlepas dari gigitan buaya lalu kepalanya terhantuk bucu perahu ketika berusaha menyelamatkan diri.
Sewaktu menemui mangsa, dia menyangka kakinya digigit ikan toman pada mulanya kerana diketahui ada ikan toman besar di sungai itu. Namun, apabila menyelam dia terpegang muncung dan hidung haiwan itu. Barulah dia tahu haiwan tersebut adalah buaya.
Ketika kejadian, perahu mangsa berada di hadapan perahu nelayan yang lain dan sebaik sahaja dia mula menimba air dari dalam perahu, kaki kanannya yang terjuntai dalam air disambar sesuatu lalu ditarik ke sungai.
Tindakan pantas dilakukan olehnya apabila dia sempat memegang tali bot dengan kuat sehingga buaya tersebut tidak dapat mengheretnya ke tengah sungai. Dia juga telah menyelam lalu terpegang bahagian hidung buaya itu. Nurkaisa memegang sekuat hati hidung buaya itu sehingga ia melepaskan gigitan tersebut.
Tambahnya, selama hampir 20 tahun dia menangkap udang galah di Sungai Timun, itu kejadian pertama dia diserang buaya. Nurkaisa yang telah kematian suami sejak sembilan tahun lalu dan mempunyai empat anak berkata, dia tak pasti serik atau tidak untuk mencari udang galah lagi.
Sumber: Berita Harian Online