in

Kaki Berlubang, Daging Hancur Dalam Masa 2 Hari, Lelaki Ini Kongsikan Cara Dia Merawat Sumpahan Raja Satong

kakibisul

Kalau dilihat gambar-gambar ngeri yang dikongsikan oleh Khairul Johari ini, memang tak percaya bahawa ia boleh terjadi dalam masa 2 hari sahaja.

Namun begitu, lubang dan daging hancur pada kakinya ini akhirnya terubat setelah dia mengenali penyakit misteri yang dialaminya iaitu Sumpahan Raja Satong. Memang pelik, tapi hakikatnya itulah yang dialaminya.

Kalau dilihat gambarnya, kebarangkalian untuk pulih tu memang susah. tapi dia dapat menyembuhkan lukanya itu dengan mudah. Bagaimana? Ikuti perkongsiannya ini.

 

Pagi timbul bintik merah macam jerawat nak timbul,…Petang jadi hitam sebesar 50 sen..

“PENYAKIT MISTERI -SUMPAHAN RAJA SATONG !!!

ni kisah paling seram saya nak cerita… perggg.. BELUM CERITA DAH SERAM BEB

JAP-JAP bulu roma tengah naik… saya sikat dia dulu paki minyak rambut bond.. kasi dia turun, meremang!! ceritanya tahun lepas di awal pagi

Bangun pagi saya seperti biasa bersihkan zoo saya, selepas saya sapu sampah, saya rehat2 isap rokok luuu… tiba-tiba TERPERASAN ada satu bintik merah kat betis, sebijik macam jerawat baru nak naik. terpikir, kene sengat tebuan ke ni? sakit dia bukan main… macam kene tikam pisau bila disentuh!

saya jenis kalau sakit, saya buat bodo jer, sebab bagi saya mindset kita yang kawal kesakitan ni… jadi saya abaikan.. saya buat kerja seperti biasa, petang tu saya terpikir nak tengok bintik tu, terkejut saya! dia dah jadi hitam n sebesar 50sen! PERGGGGG apa benda ni? cepat betul daging tu MATI!!

saya terdiam, saya mimpi kot… hentak dahi kat dinding, aduh sakit giler… pandang luka,tengok luka masih ada apa benda ni? sepanjang 9 tahun saya jadi JURURAWAT, x pernah saya nampak penyakit ni! PELIK ! ANEH !

Pelik dengan ketumbuhan di kulit betisnya, Khairul menjelaskan bahawa ‘benda’ itu tak akan rasa sakit jika tidak disentuh. Namun kesakitan yang tak terhingga jika ia disentuh. Pada awalnya dia tak rasa pun itu adalah bisul.

Esok pagi luka jadi lubang sebesar duit kertas seringgit..Berlubang nampak tulang

“Esok pagi saya bangun macam biasa, try bukak luka tu… TERKEJUT SAYA!!!!

LUKA JADI LUBANG SEBESAR DUIT SERINGGIT KERTAS!!!! nak pengsan saya waktu tu… pengsan bukan sebab SAKIT dia! pengsan tengok luka saya tu dah boleh nampak TULANG!!!!

PAGI semalam baru bintik halus jerawat! PAGI NI DAH BERLUBANG NAMPAK TULANG!!! WTF!!!

APA BENDA NI WOI !!!!

saya dah mula paknik !!! korang tau x… lubang tu dipenuhi dengan daging segar HANCUR!! kira korang tau x.. dalam LUBANG LUKA TU kita boleh celup jari kita di daging betis yang HANCUR!!!!

aku kene MAKAN ngan apa ni??

hidup2 aku kene MAKAN???

SERIAU SAYA WAKTU TU

SAYA DIAM BERTAKAFUR… ok saya bersihkan luka tu… darah saya dah hilang rasanya, pucat saya waktu tu!

saya kata kalau malam ni jadi lebih teruk , saya nak ke HOSPITAL!

saya telan panadol, saya tido… dengan harapan, ni semua mimpi buruk… bangun saya menguap ngan menggeliat!!! arrhgg sedapnya tido… biasalah orang berniaga. nk gi keje suka hati saya hahahah kalau time tu saya jadi nurse mesti saya dah melompat atas katil hahaha

x rasa SAKIT x rasa DENYUT macam biasa sebelum ni… oklah..saya selak lah selimut saya…”

 

Kaki kiri sebesar batang pisang

43657144 10211502723075290 5074256311193960448 n

“RASA NAK PENGSAN TENGOK KAKI SAYA…

kaki saya sebelah kiri sebesar

BATANG PISANG !!!!

OMG!! (tiru adik saya yg selalu tengok cerita korea)

WHAT THE HELL IS GOING ON!!!

terus saya kol Aliff Ortega sebab dia yg buatkan insuran saya.. saya cerita apa yg berlaku… tapi dia kata saya mimpi kot malam-malam ni, saya jerit

TIDAK! aku kene makan ngan HANTU RAYA ni kau tau x !!! dia makan betis aku macam makan peha ayam KFC!!!

alip kata dia akan rujuk sinior dia, saya cakap terpulang ko nak kol siapa aku kene pergi cepat sepital! aku kene makan hidup-hidup sekarang ni… ada JIN MATA TONCET kat kaki aku ni!!

terus saya kol staff saya bawak gi sepital.. on da way sepital tiba-tiba bulu roma saya meremang!!! saya dah x sedap badan… tah macam mana badan saya menggigil!!! pergggg!! kenapa ni saya MENGGIGIL…

saya tanya staf saya di hadapan, sebab saya baring di belakang… boss lah katakan… hahahah sya tanya dia kenapa saya menggigil sejuk sangat ni? x tahan sangat! dia jawab

“ooo baru servis aircond BOSS pagi tadi, ni saya try bukak full”

CILAKA BETUL SAYA JERIT!!”

Panik melihat perubahan yang drastik pada kakinya, dia serta merta pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan, Ketika ditanya, doktor sendiri tidak mempercayai dengan apa yang terjadi kepadanya.

 

Doktor tak percaya ia berlaku semalam..Tiada sebarang ‘infection’, virus & bakteria bila diperiksa.

“Sampai sepital… dr buat pemeriksaan… dr kata dah berapa hari ni? ada x dalam 2-3 minggu? kenapa dah parah macamni baru nk datang? dia mula membebel…

“2-3 minggu? “

“DR! benda ni berlaku SEMALAM! bukan 2-3MINGGU!”

dia kata x percaya… saya jawab KEPALA HANGGUK KO!! sebab saya terlalu sakit! emosi saya dah x boleh kawal!! cek tempture, 40’c !!! kenapa saya demam x rasa? patut lah saya menggigil sejuk bagai!! ingat aircond!

ambil blood test
(ni paling saya seram, sebab saya ada satu penyakit fobia pda jarum)

Erythrocyte sedimentation rate (ESR), C-reactive protein (CRP) 
plasma viscosity (PV)
complete blood count(CBC)
hep c test

tah apa lagi pun aku x tau…atas tu saya main sebut jer sebab dah x ingat

saya admid wad, esok buat emergency operation!!

bagun pagi buat OPERATION terus, dr tanya nak LOCAL ATAU FULLY ANES? saya jawab tido, saya mengantok! padahal saya takut kalau bius setempat. kene jaga macho sikit, sebab nurse waktu tu… HALAMAK… cun woiii… 

bangun operation, saya kata ngan Dr, saya nak balik awal, binatang saya banyak nak jaga… dr x benarkan, tunggu blood test,dia kata blood test petang dapat.. 10 hari kat sepital

ok DR cina yang hensem! baik ooo dr ni…

dapat result, DR kata

“pelik x ada sebarang infection, virus atau bakteria”

APA!!! x ada sebarang infection!!! WHAT THE HELL!! abis tu apa yang makn kaki saya ni??”

 

Seminggu lepas 10 hari ditahan di hospital boleh berjalan seperti biasa…Hari yang sama 2 jerawat kecil muncul lagi.

“Ok abaikan.. 10 hari pas tu balik umah dengan kaki yg sakit infection saya rehat.. seminggu saya boleh jalan macam biasa dah!!!

yeyeyeyeyeeyey hahahahha

petang nak ke senja hari yang sama saya boleh jalan tu… saya terperasan, ada dua jerawat kecik muncul kat betis saya… saya amati dalam-dalam… eh? xkan jadi lagi? bukan dah makan antibiotik ke seminggu ni?

jerawat tu muncul ngam-ngam antibiotik habis! saya rasa guna jari… aduh sakit giler!!! sama macam yg 1st! hati x sedap…PERASAAN KOT?

saya diam, saya pejam mata… tertidur rupanya, terbangun esok pagi, terus gi toilet… dalam perjalanan tu, bibik saya tanya,”

 

Kaki darah menitik, dua lobang sebesar 50 sen muncul lagi! Periksa dengan doktor, sama, semua negatif!

“abah, kaki abah bedarah banyak tu, menitik-nitik” saya pandang… alahai… nak pengsan rasanya

DUA LUBANG SEBESAR 50sen muncul!!!

terus saya panggil bibik, kemas baju, kita pergi sepital!!! sampai sepital, saya cakap ngan dr tu, saya nak emergency operation!

MALAM NI JUGAK! kalau x esok dia akan jadi lebih besar! Dr on call bincang ngan dr previous DR cina tu

ok EMERGENCY OPERATION malam tu jugak… saya dibuat pelbagai blood test!

jawapan? sama jugak…

SEMUA NEGETIF! korang rasa camner? mesti kaki aku kene makan ngan antu kan?”

 

Lubang makin besar, kaki bengkak..perkara yang sama terjadi balik dan makin merebak

“sama lah cam saya rasa”

dua minggu Dr tahan say, saya cakap nk blah dari sepital cepat2…

saya balik mkan antibiotik macam biasa… seminggu berlalu…

malam waktu saya cuci luka seperti biasa, saya terpandang dua jerawat kat keting(atas betis)

“dalam hati, terpikir…xkan setiap kali habis antibiotik muncul balik?”

ambil jarum, tikam jerawat guna jarum!! pergggg sakit dia nak menangis woi..!!

saya tikam bertubi2 sambil gelak

“hahahha MATI KO HANTU RAYA!!! “ otak saya dah x siuman waktu tu…

esoknya.. tengok kaki…PENGSAN SAYA sekali lagi!!!

dua lubang atas keting!!!!! WHF is this!!!

 

Jumpa Darul Syifa, Ustaz kata tiada gangguan

terus google, cari ustaz terhebat di malaysia! ok fine semua cerita pasal darul syifa! on! saya pergi kajang sebab sana ada cawangan!!

sampai sana tunggu giliran, nombor dipanggil saya masuk, saya beri salam, saya pelik , kenapa dari tadi ustaz tu pandang BELAKANG SAYA???

“USTAZ, kenapa USTAZ asik pandang BELAKANG SAYA?”

saya bertanya sebab saya pelik sambil dia baca ayat, dia pandang belakang sya.. hati saya dah x sedap!

dalam hati saya berkata

“woi orang tua! ko jng takutkan aku!! dah lah saya ni penakut!!!”

dia jawab dengan pelahan… saya kurang jelas… saya tanya lagi, ustaz cakap apa? dia tarik saya bisik kat telinga saya

“belakang tu isteri awak ke? molek orangnya…”

ISTERI?? isteri saya kat kampung!!!! ARGGGGGG!! kenapa jadi macam ni!! aduh nak toleh takut!!! tapi kuatkan hati toleh!!!

TERKEJUT SAYA! staff saya belakang saya!! awak buat apa belakang saya? kan dah suruh tunggu luar? buat takut jer awak ni!

habis rawatan, USTAZ tu cakap, saya tiada gangguan, tiada apa-apa berkaitan sakit spiritual! bagus betul USTAZ ni jujur!

Biarpun dah berubat, masih tidak dikenalpasti apakah penyakit misteri yang dialami kerana menurut ustaz Darul Syifa itu, dia tidak mengalami sebarang masalah dan ‘bersih’.

Kemudian dia kembali ke hospital untuk appointment pembedahan. Menurut doktor tersebut:

 

“Ada lubang yg menghubungkan semua luka-luka ni, pastu macam ada satu benang saya tarik” – Doktor

ok nice… gi sepital! macam biasa EMERGENCY OPERATION! dr bingung kenapa penyakit saya ni boleh terjadi kerap n daging tu boleh hancur cepat! tiada infection, virus mahupun bakteria!!

PAKAR INFECTION dari hospital pakar infection SUNGAI BULUH dipanggil, dua DR merawat

pakar otopedik dan pakar infection!

yeah! gabungan mantop!

saya tanya dr “ada apa-apa yg pelik x sewaktu OPERATION” yerlah kot2 waktu tu dia keluarkan 
patung ke? 
jarum ke?
telor ke?
benang ke?
mana tau kan? dia jawab ada! haaaaaa!!! ADA??? apa dia?

“ada lubang yg menghubungkan semua luka-luka ni, pastu macam ada satu benang saya tarik”

siot!!! apa KEJADAH tu?

saya balik, habis kan antibiotik… seperti dijangka… hari ke 7 selepas habis antibiotik! muncul 1 jerawat…

saya x pikir panjang saya kemas baju, tapi bukan ke hospital, tapi ke kelantan jumpa anak! saya rasa waktu tu saya akan mati dalam masa terdekat! pergi balik ambil masa dua hari ,1 hari stay sana, x pernah 3 hari saya biarkan… selalu 2 hari jer… kaki saya bengkak macam batang PISANG TANDUK! besar teramat!! pastu x boleh nak bengkok dah!!”

Menurut doktor yang melihat lukanya, ada ‘benang’ dalam luka lelaki tersebut. Bimbang dengan keadaannya, Khairul bertekad untuk berjumpa dengan keluarga sebagai langkah persediaan jika penyakit misteri ini bakal menamatkan riwayatnya.

Namun, persoalan terjawab apabila dia berjumpa dengan seorang pak cik yang pernah alami penyakit yang sama sewakti di kawasan Rehat & Rawat.

 

Terjumpa seorang pak cik yang pernah terkena penyakit yang sama 10 tahun lalu.

“ok ni cerita MISTERI YG PALING ANEH!

dalam perjalan balik, saya rehat kat RnR, waktu rehat ada sorang pakcik ni asik-asik pandang saya! hati x sedap!! saya tany dia,

LU APA HAL BRO? x puas HATI lu cakap!!! sambil gelak2!!!

ok tu tipu… ni yg betul

asalammualaikum pakcik, nk tanya kenapa pakcik asik pandang saya?

dia jawab apa tau?”

 

Terkena penyakit Sumpahan Raja Satong, nak sembuhkan kena keluarkan benang perlahan-lahan sampai habis

 

“KAKI TU KENE PENYAKIT SUMPAHAN RAJA SATONG KE?”

APA kejadah SUMPAHAN RAJA SATONG TU!!!

dia jawab 10 tahun lepas dia pernah kene… sakit yang teramat! kaki bengkak dalam masa 2 hari, DAGING HANCUR, dia ikat kaki dia pstu dia korek pakai sudu ngan PISAU!! menjerit2 di sakit katanya…

pastu dia pesan, hati-hati waktu korek, nanti akan nampak benang, tarik benang tu PERLAHAN-lahan sampai habis! sebab benang tu dia yg bersambung kat semua lubang tu! pastu siram dengan minyak PETROL!

PETROL! pakcik bakar KAKI pakcik ke???

x PETROL tu gantikan ALKOHOL kalau x ada… perg hebat pakcik ni

PERSOALAN

ADA BENANG? ADA LUBANG?

SEBIJIK sama ngan apa DR TU SEBUT!”

 

Sumpahan Raja Satong = Raja Bisul

“SUMPAHAN RAJA SATONG NI penyakit yang nama lain adalah RAJA BISUL.. ni apa pakcik tu cakap lah.. nama raja satong tu sebab bisul ni makan semua daging RAJA tu sampai raja tu MATI!

APA MATI!!! oh no! anak saya kecik lagi…

masuk sepital… kali k 4! saya request 3 DR untuk merawak saya! Dr berpangkat DATO turun merawat.

OPERATION, then recovery, cuma kali ni dia bagi antibiotik 2 minggu…

alhamdulilah … tu yg terakhir muncul! saya whatapps 3 Dr tu

“SUMPAHAN RAJA SATONG DAH BERAKHIR”

diorang jawab apa korang tau?

“apa awak merepek ni?” next week dtg appoitment jangan lupa

ok DR! hahahah appoitment seperti biasa 3 DR tu keep tanya saya kenapa boleh jadi penyakit ni? sebab semua blood test dah dibuat.. tapi semua negetif!

saya jawab”

 

Bedah kelaurkan semua benang & sembuh

“MISTERI NUSANTARA, SEHINGGA KITA BERJUMPA LAGI, sambil saya melambaikan tangan hahahahha

tapi syukur saya dah sihat harini

thanks dr, thanks alip uruskan insuran!

thanks pakcik MISTERI! thanks semua staf saya

jumlah keseluruhan bill hospital saya lebih rm170ribu tapi biasalah

“WELL INSURAN KAN ADA”
ambil insuran nasihat saya, walau kaki korang kene makan ngan hantu pun insuran cover korang tau x?

BIJAK KAN SAYA?

p/s: saya tak jual insuran ya, dan saya seorang jururawat dan sangat menjaga kebersihan

yang benar
SN KHAIRUL JOHARI”

 

Baca : Lelaki Terkena Penyakit Ilmu Hitam Selepas Buka Sampul Pos Laju Kosong

ilmu hitam