Istilah we are family dalam dunia pekerjaan di pejabat boleh dikatakan tidak boleh digunapakai lagi, tetapi antara tuan rumah dan pembantu rumah ia wajar untuk diimplementasikan.
Ini kerana kerja pembantu rumah ini waktu kerjanya tiada had dan tempat tinggal mereka adalah di ‘tempat kerja’ itu. Itu sebablah wajar sangat kalau tuan rumah anggap pembantu mereka seperti keluarga sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh Elecher Lee ini.
“Kakak, you deserve it.”
Dipendekkan cerita, hari video ini dikongsikan di akaun TikTok miliknya itu dikatakan hari ulang tahun kelahiran pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Sumi ini.
Tiada sebarang penghadang antara majikan dan pekerja, Elecher memanggil Sumi dengan gelaran ‘Kakak’,oleh itu, Elecher menghadiahkan pembantu rumahnya itu dengan taja Sumi untuk memanjakan diri seharian dengan membelikan pakaian baru, pergi salun, spa dan bermacam-macam lagi.
Apa yang menyebabkan netizen yang menonton video ini jadi sebak dan terharu adalah hampir semua aktiviti memanjakan diri itu adalah pertama kali dilakukan termasuklah pergi ke salun, sampaikan Sumi sendiri tak tahan sebak.
“Saya tak pernah pakai dress sebelum ini, 38 umur saya, saya tak pernah masuk salun.”
Selain itu, Elecha sekeluarga turut membawa Sumi menjamu selera di kedai makan mewah dan dilihat anak-anak Elecha begitu manja dengan Sumi.
@elecherlee Kali kedua menyambut hari jadi Kakak You deserve it 🎂✨ #happybirthday #harijadi #elecherpunyakakak
Dalam masa sehari, video ini telah meraih sebanyak 2.2 juta dan rata-rata netizen begitu kagum dengan sikap pemurah dan baik hati majikan ini, ia juga menjadi inspirasi buat mereka jika dimurahkan rezeki untuk ada pembantu rumah kelak. Ara Johari pun puji tau sekali tau!
Kalau min suatu hari ada rezeki nak ada orang gaji sendiri juga pun, Insya-Allah min akan buat cara yang sama, mudah-mudahan dapat juga pembantu rumah yang tak banyak buat hal. Suka betul tengok walaupun berlainan bangsa dan agama dilayan sama rata macam tu.