Pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed Shahid dilaporkan kini sedang dirawat di sebuah hospital oleh kakaknya, Syarifah Syah menerusi satu video di TikTok.
Dalam video tersebut, dalam dilihat Prince Syed terbaring lemah di atas katil hospital dan Syarifah memuat kapsyen bertulis,
Semoga adikku cepat sembuh, kuat hadapi dugaan dan cabaran. Thank you kawan-kawan yang mendoakan,” katanya.
@queen_syarifah Semoga adikku cepat sembuh.. Kuat hadapi dugaan dan cabaran@Prince Syed Couture Tq kawan2 yg mendoakan…Adik iparku Fatin Alhamdulillah dah keluar wad..moga semuanya sihat2..
Artikel berkaitan: “Banyak berkorban sampai emak abah masuk lokap, takkan kakak tak nampak lagi?” – Adik Ipar Prince Syed
Artikel berkaitan: “Mak cik tak pernah bermalam di lokap, itu satu mimpi ngeri buat makcik” – Ibu Mentua Prince Syed
Pada masa yang sama, dia juga memaklumkan adik iparnya, Fatin Syazwani yang sebelum ini dirawat di hospital sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.
Adik iparku, Fatin Alhamdulillah dah keluar wad. Semoga semuanya sihat-sihat,” katanya.
Rata-rata di ruangan komen mendoakan agar urusan Prince Syed dipermudahkan dan semoga cepat sembuh.
Terdahulu, kisah mengenai pempengaruh ini tular apabila ibu mentuanya mendakwa Prince Syed telah melarikan anaknya dan tidak membenarkan pihak keluarga bertemu dengan Fatin Syazwani.
Tidak lama selepas itu, tular video memaparkan pergelutan yang berlaku di antara keluarga Fatin dan Prince Syed sehingga membawa kepada penahanan ibu bapa mentua Prince Syed akibat daripada laporan polis yang dibuat.
