in

Kak Long Menangis Mengaku Tak Pandai Didik Anak, Mahu Bawa Berubat Jumpa Ustaz

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Long memarahi staf kedai serbaneka 7-Eleven kerana mendakwa anaknya mencuri.

Kejadian tersebut mendapat perhatian ramai yang ternyata tidak bersetuju dengan sikap Kak Long yang dilihat agak tidak sopan terhadap pekerja tersebut.


Tidak cukup dengan itu, video lama Kak Long memarahi staf KFC gara-gara restoran makanan segera itu kehabisan ais kembali tular, menambahkan ‘kesan luka’ lagi daripada kecaman warganet.

Mengaku tak pandai didik anak

Dalam kedua-dua video yang tular, warganet lebih mempersoalkan adab dan percakapan anak Kak Long yang dilihat lantang dan penuh makian. Ini membuatkan bukan sahaja Kak Long yang ‘dibasuh’ warganet, malah anaknya juga.

Menerusi satu video terbaharu, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura, mengaku bahawa dia tidak pandai mendidik anak dan dalam perancangan mahu mengubah sikap anaknya.

Nak bawa anak jumpa ustaz

Menerusi video yang dipenuhi dengan air mata itu, Kak Long berkata dia dalam perancangan membawa anaknya berjumpa dengan ustaz untuk tujuan perubatan.

“Orang yang kenal perangai anak saya, dia tahu. Saya pun sekarang tengah berubat. Saya bawa anak jumpa ustaz, saya ikhtiar supaya anak saya berkata molek-molek”, jelas wanita ini.

Dia turut meminta maaf kepada orang awam dan mengaku menyesal di atas perbuatannya. Kak Long turut meminta kepada orang awam yang mempunyai ilmu agama untuk mendidik dia dan anaknya.

Di akhir video, wanita ini meminta orang ramai agar mengambil pengajaran dengan apa yang terjadi terhadap dirinya.

BACA: Viral Kak Long Mengamuk & Minta Maaf Lepas Kena Kecam, Wakil 7E Dedah Kejadian Sebenar!

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.