in

Kajian: Malaysia Di Tangga Ke-73 Dalam Senarai Negara Penduduk Bijak, Singapura Di Tangga Ke-3

Cats 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara yang maju boleh dikatakan rata-rata daripada penduduk mereka adalah individu yang bijak dan berpendidikan tinggi. Hal ini kerana kemudahan dan polisi kerajaan yang membantu dalam perkembangan sejagat rakyat.

Dalam satu data yang dikongsikan oleh World Population Review, laman ini berkongsikan carta negara dengan penduduk paling bijak berdasarkan beberapa faktor dan ujian.


Intelligent Quotient (IQ) adalah satu bentuk kecerdasan manusia. Seseorang individu yang mahu mengukur tahap IQ mereka perlu mengambil ujian yang telah ditetapkan. Hasil ujian tersebut akan menentukan tahap IQ mereka. Lebih tinggi skor yang diterima, lebih tinggi IQ mereka.

Negara yang paling tinggi IQ

Menurut satu kajian pada tahun 2019 yang dilakukan oleh Richard Lynn dan David Becker, purata IQ paling tinggi di dalam dunia adalah penduduk Jepun, sambil diikuti rapat oleh Taiwan dan Singapura. Kajian ini dilakukan di Institut Ulster.

World Iq Map

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh OECD PISA pada tahun 2018, mereka mengambil kira ujian pelajar berdasarkan skor mereka dalam ujian membaca, Matematik dan Sains. Hasil ujian mendapati China berada di tangga teratas, sambil diikuti oleh pelajar dari Singapura dan Macau.

Berikut adalah rekod negara bijak berdasarkan skor pelajar dalam ujian membaca, Matemaik dan Sains (2018):

1. China – 555, 591, 590
2. Singapore – 549, 569, 551
3. Macau (China) – 525, 558, 544
4. Hong Kong (China) – 524, 551, 517
5. Estonia – 523, 523, 530
6. Canada – 520, 512, 518
7. Finland – 520, 507, 522
8. Ireland – 518, 500, 496
9. Korea – 514, 526, 519
10. Poland – 512, 516, 511

Bagaimana pula dengan rekod untuk tahun 2022?

Menurut data yang dikongsikan oleh laman ini, Jepun berada di tangga teratas dalam senarai penduduk negara paling bijak pada tahun 2022 dengan skor IQ sebanyak 106.48. Senarai ini diikuti oleh Taiwan dengan skor IQ 106.47 dan negara jiran, Singapura (105.89).

Malaysia berada di tangga ke-73 dengan skor IQ 87.58, berkongsi kedudukan dengan Brunei yang turut mempunyai skor IQ yang sama. Negara jiran Indonesia pula berada di tangga ke-130, dengan skor IQ sebanyak 78.49.

Nepal pula berada di senarai terakhir dengan skor IQ sebanyak 42.99.

Kredit: World Population Review

BACA: Kajian Menunjukkan Kerja Syif Malam Boleh Jejaskan Ingatan & Fungsi Otak

Capture 15

Sumber: LaptrinhX

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.