in

Kajian: Kerja Secara ‘Hybrid’ Buat Pekerja Lebih Gembira, Sihat & Produktif

Collage 7 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut satu kajian dibuat dalam kalangan pekerja UK yang telah membahagikan minggu bekerja mereka di antara rumah dan pejabat menunjukkan ramai lebih gembira, sihat dan produktif.

Malah, tiga suku dari pekerja yang bekerja secara hybrid ini telah merasa kurang burnout berbanding ketika mereka menghabiskan seluruh minggu mereka di pejabat.


Menurut satu tinjauan yang melibatkan seramai 1,026 orang, bekerja secara hybrid telah memberikan banyak manfaat terhadap tabiat tidur, pemakanan, tahap tekanan dan kesihatan keseluruhan seseorang pekerja.

Gettyimages 1305355915 770X462 1

Majoriti dari mereka melaporkan yang mereka kurang penat, kurang rasa tertekan dan kurang rasa cemas selepas menghabiskan sebahagian minggu mereka bekerja di rumah.

Sementara itu, 86% dari mereka mengatakan, masa lebih yang mereka perolehi selepas tidak perlu untuk menghabiskan masa travel ke tempat kerja telah membuatkan mereka lebih mendapat work/life balance untuk menghadapi cabaran harian dalam kehidupan.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti mendapat tidur yang lebih berkualiti, bersenam, boleh menyediakan makanan yang lebih sihat dan rasa lebih sihat.

Tak cukup dengan itu, mereka juga turut mengatakan, jika disuruh untuk pergi bekerja semula selama lima hari seminggu ke pejabat, ia akan memusnahkan kesejahteraan mereka.

Tak ada apa yang buatkan seseorang pekerja itu mengalami tekanan, stress dan rasa jengkel dari kena berulang alik ke tempat kerja setiap hari. Ia telah memisahkan keluarga dan komuniti, mencemarkan persekitaran serta membazirkan banyak masa dan duit.”

5 Advanatges Of Hybrid Working Condeco Min

Tinjauan ini juga sama dengan kajian yang dikeluarkan oleh jurnal saintifik Nature oleh Nick Bloom iaitu profesor dari Universiti Stanford iaitu bekerja secara hybrid boleh memperbaiki kualiti pekerjaan, tidak memberi perbezaan kepada produktiviti seseorang pekerja dan mengurangkan risiko pekerja berhenti lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita yang tidak mempunyai jawatan pengurus dan perlu berulang-alik ke pejabat dalam tempoh yang lama.

Malah, 396 pengurus yang terlibat dalam kajian ini pada awalnya bersifat skeptikal tentang pekerja yang bekerja di rumah dua hari seminggu telah berubah menjadi positif bila melihat perubahan tersebut.

Selain itu, organisasi yang menawarkan kerja secara fleksibel ini juga dapat menarik minat pekerja yang lebih muda dan tak terkesan dengan kekurangan pekerja yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini.

Seperti di Malaysia, walaupun pekerja boleh meminta permohonan untuk bekerja secara hybrid dan majikan juga boleh menolak permohonan tersebut dengan sebab, masih ramai yang terlalu takut untuk membuat permohonan tersebut kerana bimbang akan didiskriminasi.

Sumber: Guardian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.