in

Kajian Indeks Kegembiraan: Negeri Sembilan, Melaka & Perlis Adalah Bandar Paling Bahagia Di M’sia

cats 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesetengah orang lebih gemar menetap di kawasan kampung kerana lebih tenang dan tidak sesak. Manakala, sesetengah orang lebih gemar menetap di bandar kerana lebih banyak kemudahan dan bangunan cantik.

Sebenarnya, kedua-dua kampung di bandar tidak menjadi masalah jika anda gembira menetap di sesuatu kawasan. Persoalannya di sini, gembirakah anda?


Kajian Indeks Kegembiraan

Menurut kajian, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis telah disenaraikan sebagai bandar paling bahagia di Malaysia. Data ini dikongsi oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) baru-baru ini.

Menurut data yang dikumpul, ketiga-tiga negeri ini mendapat markah 80% dan ke atas dalam Kajian Indeks Kegembiraan 2021 untuk bandar di Malayia.

Seperti yang dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik mengulas pencapaian itu sambil berkata pembangunan setiap pekan di negeri itu dilaksanakan berdasarkan kekuatan dan kemampuan masing-masing.

port 1889518 20210910224915

Tambahan pula, ia dibangunkan berdasarkan tiga teras di bawah Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045.

Jelas Razali:

“Tiga teras tersebut adalah untuk membangunkan daerah Seremban dan Port Dickson melalui Malaysia Vision Valley 2.0 menjadi bandar raya metropolis yang berdaya saing, inklusif dan bersih.”

“Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Jempol akan diperkasakan melalui pembangunan agropolis yang menggabungkan elemen pertanian dan Jelebu sebagai kawasan biodiversiti yang menekankan pemuliharaan sumber asli,”

Dengan populasi sebanyak 1.2 juta, tujuh daerah di Negeri Sembilan memperoleh markah penuh dengan Tampin dinamakan sebagai antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia dengan markah 99.5%.

Rekod ini diikuti dengan:

– Jelebu (97.85%)
– Jempol (89.07%)
– Kuala Pilah (88.39%)
– Port Dickson (85.76%)
– Seremban (83.60%)
– Rembau (81.91%)

Manakala di Melaka pula, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperoleh markah 91.97 peratus. MBSB berkata pihak mereka telah merangka strategi dan usaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam bagi memastikan negeri ini terus mencapai status bahagia.

malaysia malacca city square 638172166 5b0c3c3e43a1030036bec335

Selain daripada MBMB, tiga lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mendapat markah tertinggi ialah:

– Majlis Perbandaran Alor Gajah (98.17%)
– Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (89.40%)
– Majlis Perbandaran Jasin (85.48%).

Untuk Perlis pula, meskipun hanya mempunyai penduduk melebihi 254,000 orang, Perlis mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang setanding dengan negeri lain.

Buat mereka yang menetap di Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis, adakah anda bahagia?

Kredit: BERNAMA

BACA: Kajian Menunjukkan Kerja Syif Malam Boleh Jejaskan Ingatan & Fungsi Otak

Capture 3

Sumber: TripSavvy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.