in

Kajian Dapati Mereka Yang Cantik & Kacak Lebih Mudah Ditawarkan Kerja

f2 research

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kajian daripada sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pengurusan di Universiti Buffalo mendapati bahawa mereka yang mempunyai rupa paras yang cantik dan kacak adalah lebih senang untuk ditawarkan sesebuah pekerjaan, lapor Daily Mail.

Selain itu, kajian itu juga mendedahkan bahawa perempuan berisi dan lelaki yang pendek mendapat gaji yang kurang sehingga $1,000 daripada individu yang tinggi dan kurus.


annie spratt dWYU3i mqEo unsplash
Gambar Sekadar Hiasan

Namun, menurut Min-Hsuan Tu iaitu ketua penulis kajian itu, diskriminasi seperti ini boleh dicegah jika individu yang kurang cantik dan kacak mempunyai postur badan yang baik seperti meletakkan tangan di pinggang dan berjalan dengan dada yang sedikit kedepan untuk menunjukkan mereka berkeyakinan.

Jadi, kuncinya kat sini, walaupun kita rasa kita tak begitu menarik, kita tetap boleh dapat kerja kalau kita sentiasa yakin dalam berkomunikasi dan cara berjalan.

rese 2
Gambar Sekadar Hiasan

Dalam kajian yang dijalankan pada Mac 2015 hingga Februari 2016 ini, setiap peserta diberi markah dari skala satu hingga skala lima oleh tujuh orang di mana skala satu bermaksud ‘sangat tidak menarik’ manakala skala lima pula ‘sangat menarik’.

Dalam kajian berbeza yang melibatkan peserta mock interview dengan sebuah syarikat pula, pengurus syarikat itu mengatakan mereka akan memilih individu yang mempunyai rupa paras yang menarik untuk bekerja dengan syarikat mereka.

Ini disebabkan oleh golongan ini mempunyai bahasa tubuh yang lebih baik. Namun, korang jangan sedih kalau belum dapat kerja, itu tak bermakna korang tak cantik atau handsome. Untuk tahu hasil penuh kajian ni, boleh baca di Personnel Psychology.

Apa-apa pun, min rasa ini bukanlah penentu utama korang dapat kerja atau tak. Yang penting, korang kena ada skill yang penting untuk sesuatu pekerjaan yang dimohon tu seperti edit video dan sebagainya. 

Sumber: Daily Mail, Personnel Psychology

Baca: “Insecure lah tu…”- Kajian Dedah 80% Rakyat M’sia Selalu Stalk Bekas Kekasih Pasangan, Betul ke?

rese 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.