Korang ada tak kawan atau orang yang korang kenal jenis yang terlebih sensitif, baru tengok filem sedih atau kena sakat sikit je air mata dah mula jatuh.
Kalau ada, korang jangan gelakkan dorang pulak eh? Sebab apa tau, bila dorang menangis tu, pada masa yang sama dorang tengah bakar lemak tau. Ha, sebab tu lah korang nampak dorang macam kurus je.
Menurut AsiaOne, kajian menemui bahawa bila korang menangis lebih-lebih lagi nangis dengan emosi yang tinggi, ia boleh membantu korang hilang berat badan tau. Ini kerana, hormon yang dikeluarkan ketika menangis boleh meningkatkan tahap kortisol kerana tangisan tersebut keluar dari perasaan yang dipendam.
Malah, tangisan yang keluar disebabkan oleh tekanan ditemui mempunyai kebolehan untuk membuang beberapa bahan toksik dari badan yang menyebabkan pakar biokimia William Frey membuat kesimpulan tangisan boleh membantu mengeluarkan toksik yang timbul apabila seseorang itu tertekan.
Tak cukup dengan itu, badan kita juga tak boleh teruskan kerjanya untuk menyimpan lemak ketika kita menangis kerana hormon tekanan yang selama ini disimpan telah dikeuarkan melalui proses perkumuhan ini.
Bagaimanapun, kajian ini turut memberitahu bahawa kelebihan untuk hilangkan berat badan masa menangis ini hanya boleh berlaku jika tangisan yang korang keluarkan tu merupakan emosi sebenar.
Untuk pengetahuan korang, terdapat tiga jenis tangisan iaitu:
- Tangisan asas – iaitu air mata yang keluar untuk kekalkan kelembapan mata.
- Tangisan refleks – tangisan iritasi yang dikeluarkan kerana persekitaran seperti asap dan angin.
- Tangisan psikik – tangisan yang dikaitkan dengan perasaan sebenar dan emosi manusia
Jadi, hanya tangisan psikik yang dikeluarkan dikatakan boleh memberikan kesan kepada penurunan berat badan.
Bukan tu je tau, ada juga masa-masa tertentu yang boleh maksimumkan lagi kebaikan dari menangis ini tau. Sebab saintis menasihatkan untuk korang menangis di antara pukul 7 hingga 10 malam kerana ia adalah masa terbaik untuk korang nangis masa menonton filem-filem romantik atau yang ada ending sedih.
Wahhh, bolehlah nak try menangis ni, at least ada juga benefit dia masa tengah tengok Netflix malam-malam. Yelah, nak bersenam tak ada masa.
Baca: Kajian Buktikan Seks Selama 4 Minit Sehari Boleh Kurangkan Risiko Kanser Sebab…