Seringkali kita diingatkan agar tidak lupa untuk mengangkat kain yang disidai di ampaian sebelum waktu maghrib.
Pun begitu, disebabkan faktor seperti pulang lewat dari pejabat menyebabkan kadangkala kain yang disidai itu hanya diangkat pada waktu malam.
Baru-baru ini, timbul kebimbangan dalam kalangan pengguna Facebook apabila seorang pengguna mendakwa bahawa jin atau iblis akan menyihir pakaian yang dibiarkan di ampaian sehingga malam.
“Angkat pakaian di ampaian setidaknya 40 minit sebelum Maghrib kerana jin atau iblis akan sihir pakaian tersebut kalau dibiarkan sampai malam”
Mengulas tentang perkara berkenaan, Ahli Jawatankuasa (AJK) Ulama Malaysia, Ustazah Asmak Husin berkata ayat berkenaan tidak disebut dalam mana-mana hadis.
Namun, beliau berpendapat bahawa dari sudut hukum asal bahawa tidak menjadi masalah untuk kita menjemur kain pada waktu malam.
Artikel berkaitan : Aeril Zafrel Anggap Insiden Rumah Diceroboh Ada Hikmahnya, Jadi Asbab Terjumpa Barang Sihir
Artikel berkaitan : Menantu Didakwa Sihir Ibu Mentua Sebab Tak Puas Hati Selalu Kena ‘Sembur’
Bagaimanapun, ada hadis yang menyatakan bahawa tidak baik untuk seseorang berkeliaran di luar pada waktu Maghrib yang bermaksud :
“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar).
“Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada ALLAH, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian.”
[Sahih HR Bukhari & Muslim]
Dalam masa yang sama, Asmak menjelaskan terdapat nasihat yang diberikan oleh mereka yang terlibat dalam perubatan Islam agar tidak membiarkan pakaian diletakkan secara terbuka selepas waktu Maghrib.
Tambahnya lagi, kebiasaannya pakaian mudah disihir pada waktu itu dan sekiranya ingin mengeringkan pakaian, adalah lebih elok untuk dijemur di kawasan tertutup.
Sumber : Majoriti