Pada zaman viral dan trending ni, ramai orang kat luar sana kerap come up dengan macam-macam kelainan supaya kisah mereka tular di media sosial.
Kadang-kadang perkara yang mereka buat tu memang beri inspirasi buat semua tapi ada jugak macam ‘meh’ je dan last sekali dapat kecaman netizen pulak seperti kisah kat bawah ni.
“Kome tengok hand flower dia, pakai BROKOLI je. Lepas tu letak manik”
Menerusi perkongsian netizen di Twitter, pasangan pengantin ni viral lepas si pengantin perempuan dilihat menggunakan brokoli sebagai bunga tangan untuk majlis perkahwinannya.
Nampak rare dan cantik pulak bila dia hias manik dekat brokoli tu.


“Setakat nak viral sehari 2 ok just go. Tapi bila tengok balik nanti gambar kahwin, you pasti akan menyesal”
Tapi nampaknya ada pulak yang tak senang hati lihat pengantin guna brokoli sebagai bunga tangan sebab katanya ia nampak hodoh. Plus warna hijau brokoli tu tak sesuai dengan warna baju. Kata netizen, trend pelik-pelik masa wedding ni perlu dihentikan!

“Alamak. Dia kahwin tak kacau orang pun kena kecam”
Apa-apapun admin rasa ada betul jugak kata netizen lain yang ini perkahwinan dia, so biarlah dia nak buat apa pun kan? Janji tak kacau orang.

Apa kata korang tentang hal ni? Onz ke tak onz pakai bunga brokoli tu?