in

“Kadang yang pedih didengar itulah paling benar” – ‘Posting’ Rita Rudaini Curi Perhatian Ramai

rita rudaini saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu hantaran yang dimuat naik Rita Rudaini di akaun media sosialnya mencuri perhatian ramai susulan pelakon itu bakal berdepan kes saman.

Dalam hantaran yang ditulis itu, penerima anugerah ‘Ibu Ikon’ 2024/2025 itu membuat luahan ringkas tentang berkata benar dan jujur.


“Hatinya kuat, tapi sayangnya luar biasa dan jujurnya pedih.

“Berkata jujur itu tidak selalu manis, kadang yang pedih didengar itulah yang paling benar,” katanya dalam Threads.

Menerusi hantaran sama, Rita juga berkongsi sebuah video animasi yang memaparkan seorang pahlawan wanita sedang berjuang lalu menggendong anaknya.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: Digelar ‘Prof Kangkung’, Narsis, Gila Jawatan, MUAFAKAT MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini

Artikel berkaitan: “Rata-rata ibu bapa bersependapat…” – Azhar Sulaiman Dakwa Ramai Sokong Rita Rudaini, Mohon Asyraf Wajdi Respon

Meskipun hantaran itu tidak menyebut sebarang nama, namun rata-rata netizen mempercayai ia merujuk kepada kes yang sedang dihadapi oleh ibu tunggal itu ketika ini.

Netizen di ruangan komen tampil menitipkan kata-kata semangat agar Rita terus tabah dan tetap menyokongnya.

Screenshot 2025 12 10 105713

Untuk info, Rita sedang menghadapi tindakan undang-undang oleh Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar dan timbalannya berhubung dakwaan fitnah.

Rita sebelum ini pernah mendakwa wujud kepincangan dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (MUAFAKAT) di MRSM terbabit sehingga mencetuskan perhatian ramai.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya mengambil maklum dan akan memanggil kedua-dua pihak bagi menyelesaikan isu yang berbangkit itu.

Screenshot 2025 12 10 105910

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.