Kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka sebagai DragonForce Malaysia melancarkan serangan siber sejak bumi Gaza diserang tanpa henti sehingga ke hari ini.
Serangan siber itu sebagai tanda solidariti bagi mengutuk tindakan rejim itu bagi menuntut Israel menghentikan segala tindakan ketenteraan ke atas rakyat Gaza.
Baru-baru ini, DragonForce memuat naik satu tangkap layar senarai kod data individu yang dipercayai untuk menggodam akaun perbankan rakyat Israel.
Artikel berkaitan: ‘#israelkoyak’ Trending Lagi, Selepas Wanita Israel Ini Dedah Tindakan Hacker Malaysia Sebagai ‘Kejam’
Artikel berkaitan: Kumpulan ‘Hacker’ Malaysia Godam Laman Web Kerajaan India, Gara-gara Kes Hina Nabi Muhammad
Katanya, terdapat individu yang berjaya membuat transaksi menggunakan data berkenaan.
“Nah, pergi shopping… holla Tel Aviv.
“Min (admin) nampak ada yang berjaya dan ada dah tak dapat. Kalau decline tu mungkin dah limit. Dekat Telegram tadi laju betul manusia view,” katanya di laman X.
https://twitter.com/DragonForceIO/status/1714173114354200846
Susulan perkongsian data itu, ramai netizen cuba masuk ke laman yang dipaparkan untuk membuat pelbagai pembelian.
Ada yang mendakwa mahu menggunakan kad perbankan yang digodam itu untuk membeli model baharu telefon pintar jenama iPhone, kerusi gaming dan buat sumbangan di tabung bantuan untuk Palestin.
Bagaimanapun, salah seorang netizen menyatakan dia sudah mencuba kesemua akaun perbankan yang dikongsikan itu namun ia telah disekat.
Sementara itu, ramai juga yang mempersoalkan mengenai hukum agama berhubung penggunaan wang daripada akaun yang digodam.
Malah, ada yang bimbang data peribadi mereka yang menggunakan akaun tersebut didedahkan suatu hari nanti.
Menjengah pada hantaran yang berasingan, kumpulan penggodam itu berkongsi sebuah video Ustaz Azhar Idrus berhubung pengambilan harta kafir harbi.