in

Juri CSOIAM Tanya Soalan Terlalu Personal, Netizen Puji Haniff Hamzah ‘Selamatkan’ Keadaan

ft haniff hamzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) minggu kedua baru sahaja berlangsung hujung minggu lalu dan dilihat sudah bermacam-macam perkara menjadi bahan bualan netizen di media sosial.

Jika sebelum ini, salah seorang juri Ziana Zain manjadi tumpuan netizen kerana isu penampilan peserta. Kali ini sekali lagi juri menjadi tumpuan apabila tular video memperlihatkan Ziana Zain cuba bertanyakan sesuatu kepada salah seorang peserta ketika memberikan komen.


Artikel berkaitan : “Ada kaitan dengan peristiwa silam” -Peserta CSOIAM, Marygrace Terkenang Insiden Bapa Dib*nuh Depan Mata

Artikel berkaitan : Ramai Netizen Terhibur Tengok Ziana Zain 2 Buat ‘Comeback’ Dekat Kerusi Penonton GV

Dalam video tersebut dilihat Ziana Zain memuji cara peserta menyampaikan lagu yang dipersembahkan dengan baik dan ada bertanya apa faktor dan motivasi yang membuatkan peserta itu mampu melakukan dengan baik.

Peserta tersebut ada menjelaskan bahawa dia pada mulanya tidak faham maksud lagu tersebut namun setelah memahaminya barulah dia boleh menjiwai lagu tersebut, jelasnya telah berlaku kepada sesuatu perkara yang dia tidak boleh lupakan.

Juri yang tertanya-tanya ingin tahu peristiwa tersebut sebelum mendedahkan tragedi bapanya dibunuh. Perkara itu membuatkan netizen kurang senang dengan cara juri bertanya hal itu.

@iprinceassad

Tak perlu kot tanya detail sgt hal peribadi orang dekat live depan orang ramai tu. Juri pun kene la respek peserta juga.

♬ original sound – ?LaksaJohor? – ?LaksaJohor?

Bagaimanapun, perbualan mereka dicelah oleh pengacara program itu iaitu Haniff Hamzah dengan menjelaskan bahawa perkara itu perlu disimpan kerana berpendapat bahawa ia mungkin tidak patut diceritakan secara terperinci.

Tindakan  Haniff Hamzah telah mengundang pujian netizen dalam mengawal situasi tersebut secara profesional.

Screenshot 2024 12 31 124137 Screenshot 2024 12 31 124155 Screenshot 2024 12 31 124213 Screenshot 2024 12 31 124226

Walaubagaimanapun, peserta tersebut, Marygrace semalam ada membuat kenyataan dan menceritakan perkara bagaimana ayahnya boleh terbunuh, boleh baca pada pautan artikel berkaitan di atas.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.