in

“Jumpa saya terus sebab fitnah ini melampau” – Shakilla Khoriri Jawab Fitnah Bermesra Dengan Suami Orang

Sk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini tular foto seorang pelakon terkenal dikatakan sedang ‘mesra’ dengan seorang ahli perniagaan yang berstatus suami orang. Disebabkan itu, pelakon berkenaan, Shakilla Khoriri tampil bersuara berkenaan hal itu.

Katanya kepada mStar Online, dia tidak terkejut langsung dengan tuduhan tersebut dan anggap tohmahan itu satu perkara biasa sejak dia bercerai 2 tahun lalu.


Tambahnya, sebagai seorang selebriti dia perlu berjumpa dengan ramai orang atas tujuan kerja dan disebabkan itulah ada individu jadi salah sangka.

Screenshot 2023 07 11 162608

“Sejak kembali solo dan tidak terikat dengan mana-mana hubungan, saya berjumpa dengan ramai orang, lebih-lebih lagi sekarang saya sudah ada bisnes sendiri.”

“Kelompok kawan saya sekarang sudah berubah dan bukan hanya dalam kalangan selebriti. Adakalanya saya perlu berjumpa penerbit bagi tujuan kerja tapi orang salah sangka mengatakan saya keluar dengan suami orang.”

Mengulas isu menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut, Shakilla tidak menolak jika ada pihak yang kurang senang dengannya sampaikan nak jatuhkan reputasinya.

Screenshot 2023 07 11 162813

“Saya rasa individu di sebalik perkara ini mengenali siapa saya. Kalau ada masalah, boleh saja terus hubungi saya tanpa perbesarkan isu tersebut. Jumpa saya terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau.”

Kata Shakilla Khoriri lagi, keadaan jadi makin tak terkawal hingga ada fitnah yang lebih besar dilemparkan terhadapnya apabila dia pilih mendiamkan diri.

Screenshot 2023 07 11 162939

“Sebenarnya saya malas nak layan tapi bila saya diam, mereka melampaui batas, saya rasa tak perlu saya keruhkan keadaan kerana ia akan memberi kesan buat keluarga, terutamanya anak perempuan saya.”

Sebelum ini, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio Fizi Ali pada 2018 sebelum berpisah pada tahun 2021.

Baca  “I trust my husband” – Fazura Dedah Fattah Hampir ‘Disondol’ Pelakon Wanita, Mujur Suami Tak Layan!

Fazura Fattah Disondol

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.