in

Jumpa ‘Panty Liner’ Dalam Makanan di Restoran Hot Pot Dua Hari Berturut!

sanitary pad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu perkara yang buat kita paranoid untuk makan luar, haa macam ni lah!

Kalau tengah sedap nikmati makanan yang kita suka, tiba-tiba jumpa ‘sesuatu’ yang tak sepatutnya berada dalam makanan tu, mesti buat rasa nak muntah kan? Apatah lagi ‘benda’ yang dijumpa tu bukan makanan atau haiwan seperti lipas, cicak atau lalat!


Menurut Nextshark, seorang wanita mendakwa yang dia terjumpa pad sanitari dalam makanan yang sedang dijamah di restoran hot pot! Kejadian jijik tu berlaku di dua kedai rangkaian yang berbeza di Shenzhen, China.

jijik 1
Sumber: Nextshark

Mangsa bernama Ni menceritakan detik bagaimana perkara tu berlaku ketika dia sedang menikmati makanan di Restoran Haidilao pada Jumaat malam (minggu lepas).

Pada mulanya saya sangkakan daging. Kemudian saya sedar sesuatu yang tidak kena. Saya ingat ia adalah pad sanitari, walaupun tak dapat dilihat dengan jelas.”

Ketika kejadian, Ni sempat rakam video yang kini sedang viral, menunjukkannya sedang memegang ‘pad sanitari’ diambil dari pinggan makanannya.

Ni kemudian meletakkan pad tu bersebelahan dengan kertas pembalut dan pengurus restoran berkata bahawa ‘benda’ yang dikatakan pad tu sebenarnya adalah pembalut tersebut.

“Benda yang saya jumpa dalam mangkuk hot pot tu tidak sama dengan kertas pembalut yang dibandingkan oleh pengurus tu, beritahu Ni.

jijik 2

jijik 3
Sumber: Nextshark

Lepas tu, Ni minta 1 juta Yuan (RM603,965) sebagai pampasan daripada restoran rangkaian hot pot tersebut. Keesokan hari, Ni datang dengan kawan untuk berbincang semula hal pampasan tu tetapi ada yang hubungi polis lepas perbincangan tu menjadi tegang sebab mereka mula merosakkan perabot di restoran.

Restoran Haidilao akhirnya bersetuju untuk bayar pampasan kepada Ni hanya sebanyak 800 Yuan (RM483,17) untuk selesaikan pertikaian antara dorang.

jijik 4
Ni koyakkan kertas pembalut dari restoran | Sumber: Nextshark

Tapi, apa yang memeranjatkan Ni, pada petang Sabtu dia makan di sebuah restoran rangkaian hot pot yang lain dan terjumpa pad sanitari sekali lagi!

Menurut Ni, dia ada meminta pampasan tetapi apa yang lebih penting baginya adalah membuktikan keadaan yang tidak bersih di restoran sebegitu. 

jijik 5
Sumber: Nextshark

Netizen yang tonton video dan tahu tentang kes ni bagaimanapun membuat spekulasi yang Ni sengaja buat dakwaan palsu macam tu sebab nak dapat duit pampasan.

Jijik gilaaaa kalau memang betul ada panty liner dalam makanan, yeeekkkk!

Baca: Ibu Leka Bermain Telefon Bimbit, Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk Kosong Restoran

kencing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.