Sebelum ini, ibu negeri Pahang iaitu Kuantan pernah trending gara-gara salah satu watak anime Jujutsu Kaisen, Kento Nanami menyebut nama tempat tersebut dalam episod ke-42 siri anime itu.
Kento Nanami dalam episod itu menyebut bahawa dia ingin melawat ke Kuantan sebelum tiba kematiannya dan disebabkan itu, isu ini dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, baru-baru ini.
Menurut Sinar Harian, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, pihaknya dalam proses menghubungi negara Jepun untuk berhubung dengan penulis siri anime kegemaran ramai itu.
Ada peminat tanda Kuantan dalam Google Maps?
Tambah beliau, ada peminat anime itu menanda Kuantan di Google Maps sebagai tugu peringatan watak Kento Nanami.
Ada peminat anime ini telah menanda dalam peta Google sebagai tugu peringatan kepada watak Kento Nanami.
Artikel berkaitan: Kuantan Tiba-Tiba Trending, Rupanya Disebut Oleh Watak Terkenal Jujutsu Kaizen
Artikel berkaitan: Peminat Jujutsu Kaisen Indonesia Pelik Kenapa Kuantan Dipilih & Bukannya Bali
Promosi pantai di Kuantan
Dengan peluang dan kesempatan yang ada, beliau berharap agar kerajaan negeri dapat mempromosikan Kuantan di mata dunia lebih-lebih lagi pantai-pantai yang ada di sekitar tempat itu.
Jadi, kita berharap kerajaan negeri dapat endorsement daripada penciptanya supaya pantai itu menjadi tarikan terbaru buat peminat anime seluruh dunia.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada Rosli Abdul Jabar pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang pada Rabu, 6 Disember 2023.
Wah! Makin ramailah orang dekat Kuantan lepas ni!
Sumber: Sinar Harian