Ramai pelajar institusi pengajian tinggi memilih untuk membuat kerja sambilan untuk mencari wang perbelanjaan lebih ketika belajar.
Namun, baru-baru ini ada pelajar yang memilih jalan mudah tetapi salah di sisi undang-undang dalam mencari wang iaitu dengan menjual video lucah sendiri.
Artikel berkaitan: Buat Lawak Lucah Ketika Maryam Kongsi Tips Pilih Buah Tembikai, Ryzal Ibrahim Dikritik
Artikel berkaitan: Selebriti BBNU Didakwa Hantar Gambar Lucah, ‘Pancing’ Wanita Guna ‘Dating Apps’?
Menurut laporan Buletin TV3, seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dikesan menjual dan memuat naik video lucah adegan sendiri bersama seorang wanita yang dikenalinya menerusi aplikasi X.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan pihaknya merakam percakapan lelaki terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Siasatan awal dilakukan mendapati kegiatan suspek itu bermula sejak 2021 dengan memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.
Modus operandi suspek kemudian berubah kepada memuat naik dan menjual video lucah adegan sendiri bersama wanita dikenali hingga memperoleh lebih 100,000 pengikut di platform X,” katanya.
Dalam kenyataan MCMC, difahamkan suspek menjadikan penjualan video lucah sebagai sumber pendapatan apabila memperoleh RM3,000 sebulan dengan anggaran harga sehingga RM150 bagi setiap video.
“Hasil pemeriksaan di sebuah premis di Shah Alam, pasukan penguatkuasaan MCMC menyita satu telefon bimbit serta kad sim dipercayai milik suspek yang digunakan untuk memuat naik kandungan itu bagi membantu siasatan.
Turut diambil keterangan adalah rakan suspek iaitu seorang wanita yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS),” katanya.
Tindakan menjual video lucah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).
Jika disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Buletin TV3