Bukan senang nak jadi usahawan kan, sebab sebagai peniaga, kita perlu kreatif dalam pemasaran untuk menarik pelanggan yang ramai.
Seperti yang dilakukan oleh sebuah kedai menjual minuman di Indonesia ini yang berkonsepkan pam minyak untuk menjual air teh o ais mereka.
Memetik laporan Detikfood, sesuai dengan konsep pam minyak, kedai tersebut dinamakan Pertehmina (menggunakan wordplay jenama Pertamina iaitu syarikat minyak di Indonesia).
https://www.tiktok.com/@foodgalleryid/video/7292365361683369222
Menerusi Instagram kedai minuman tersebut, air teh akan dikeluarkan menggunakan nozel pam minyak, lebih kurang sama seperti kita sedang mengisi minyak kenderaan.
Namun, pelanggan tak perlu risau sebab air minuman teh itu dijamin selamat diminum kerana peralatan pam minuman itu diperbuat menggunakan bahan yang selamat atau food grade.
Kiranya konsep je macam pam minyak, tapi pam minuman tu bukannya pam minyak betul pun.
Artikel Berkaitan: Unik Dan Menarik, Perbarisan Rumah Sukan Ikut Tema Stesen Minyak
Artikel Berkaitan: Viral Teh Tarik Akuarium, Netizen Dakwa Nampak Menarik Tapi Sebenarnya Bahaya?
Rata-rata warganet negara seberang juga memuji kreativiti kedai minuman itu untuk menjual airnya dan ramai yang teringin nak cuba air tersebut berikutan konsepnya yang lain daripada yang lain.
Sumber: TikTok foodgalleryid, Instagram @pertehmina