Kita diperhatikan sekarang terlalu banyak makanan dan minuman viral, sampaikan ‘tak terkejar;’ kita sekarang. Namun begitu, ramai juga yang sudah mula ambil cakna berkenaan dengan kesihatan seseorang.
Satu video kini sedang menjadi tumpuan orang ramai berkenaan dengan jualan minumannya yang dikenali sebagai ‘Air Cocktail Cheese’, video tersebut memperlihatkan wanita tersebut menunjukkan dirinya cedok minuman manis yang bercampur dengan koktel buah dan jelly sebelum meletakkan ais krim bersama keju di atasnya.
Artikel berkaitan : Balik Sekolah Je Teguk Air Gas, Remaja Umur 21 Tahun ‘Hilang’ Kaki Akibat Kencing Manis
Artikel berkaitan : Kajian PPIM: Majoriti Minta Ban Alkohol, Karaoke & Penjualan Air Manis, Bukan Rokok & Vape Sahaja
Ia telah membuatkan ramai netizen rasa tergamam apabila melihat tersebut, rata-rata meluahkan rasa kurang senang apabila melihat video tersebut.

Selain itu, Public Health Malaysia (PHM) juga turut terpanggil untuk memberikan nasihat secara terbuka. Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, PHM menyifatkan tindakan itu dianggap keterlaluan.
“Kita bukan nak hentam mana-mana peniaga. Sebab realitinya, makanan manis memang dah lama jadi budaya Malaysia. Air kacang, cendol, sirap bandung, dessert berkuah, semua pun boleh jadi tinggi gula. Tapi bila menu mula sampai tahap “melimpah ruah”, kita kena berani cakap satu benda yang jujur – KETERLALUAN.”
Kata PHM kepada para peniaga, jangan hanya fikir soal sedap dan laku, mereka harus mempunyai tanggungjawab agar ada manfaat pada hasil jualan itu.
“Biar ia tidak memudaratkan. Biar orang boleh menikmati, tanpa badan mereka “membayar” kemudian dengan komplikasi.”
“Untuk orang awam pula, kita boleh didik, tapi kita tak boleh kawal apa yang masuk ke dalam mulut. Jadi kita jaga sendiri.”
