in

JSPT Jelas Situasi Sebenar Kejadian Ambulans ‘Tunggu Giliran’, Rupanya Wujud Salah Faham?

page new

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas viral video ambulans terpaksa memberi laluannya kepada kenderaan VIP dan juga pengiringnya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor telah mengeluarkan satu kenyataan media.

Kenyataan tersebut dibuat untuk memperjelaskan situasi sebenar yang berlaku kerana telah timbul salah faham di sebalik kejadian tersebut selepas mendapat pelbagai reaksi yang negatif dari netizen.


new 1

 

“Semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti membawa pesakit dan anggota bertugas di persimpangan berkenaan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kenderaan tersebut untuk tempoh masa yang singkat” – Ketua JSPT Selangor

Dalam kenyataan yang sama, JSPT turut memberitahu bahawa kejadian kira-kira jam 11:30 pagi tu merupakan rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang dalam perjalanan beliau untuk meninjau kerja-kerja pembersihan mangsa-mangsa banjir.

new 2

Seperti dalam video yang tular itu, anggota trafik yang bertugas telah memberikan keutamaan kepada konvoi di jalan utama kerana untuk mengelakkan risiko kemalangan yang boleh berlaku sekiranya diberikan kepada ambulans dan juga kenderaan pacuan 4×4 di bahagian persimpangan.

Konvoi itu juga dipercayai telah melepasi persimpangan tersebut dalam masa yang singkat dan tidak melengahkan masa untuk memberi jalan pula kepada ambulans tersebut untuk bergerak.

Baca: “Nyawa boleh tunggu” – [VIDEO] Ambulans Kena ‘Tunggu’ Giliran Bagi VIP Lalu Raih Pelbagai Reaksi Netizen

page ambulans

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.