in

Jolly Joseph: Kisah Benar Disebalik Dokumentari Netflix ‘Curry & Cyanide’

Collage 25

Ramai tak terfikir macam mana seorang wanita, ibu dan surirumah yang dihormati boleh membunuh ahli keluarganya sendiri.

Mungkin disebabkan ini, apabila kes pembunuhan mula terbongkar, ia mengejutkan semua penduduk di perkampungan Koodathayi yang terletak di Kozhikode, Kerala sebelum ia mendapat perhatian di seluruh India.

Kes Jolly Joseph ini bermula pada Oktober 2019 apabila wanita berusia 47 tahun ini telah ditahan oleh pihak polis. Berita tentang jenayahnya mula mendominasi dada-dada akhbar selama berminggu-minggu mendedahkan bagaimana pembunuhan yang berlaku sejak 2002 ini boleh terjadi dan macam mana wanita ini boleh terlepas dari diragui selama lebih satu dekad.

Artikel berkaitan: Hati-hati! Ini 5 Kes Pembunuhan Yang Berlaku Di Lembah Klang Tak Sampai Sebulan

Artikel berkaitan: Kes Pembunuhan Canny Ong Jadi Punca ‘Parking Lot’ Khas Wanita Diwujudkan Di Malaysia

Kehidupan awal Jolly Joseph

106239299.Jpg

Jolly Joseph datang dari keluarga petani sebelum dia bertemu dengan Roy Thomas pada 1997 di rumah pakciknya di Idduki yang terletak di daerah Kattappana, India. Pasangan ini mula berutus surat sebelum timbul bibit-bibit cinta antara mereka.

Roy Thomas kemudiannya menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Jolly Joseph namun tak dipersetujui oleh bapanya Tom Thomas ekoran berlainan taraf namun apabila mengetahui bahawa Jolly mempunyai Ijazah Sarjana dalam perdagangan, ibunya bersetuju.

Jolly kemudiannya berkahwin dengan Roy dan tinggal bersama keluarga suaminya yang berpendidikan tinggi di mana bapa mertuanya merupakan seorang guru pencen yang bekerja di jabatan pendidikan negeri dan ibu mertuanya, Annamma Joseph juga merupakan guru pencen yang dihormati oleh penduduk-penduduk sekitar. Roy turut mempunyai dua orang adik beradik, Renji Thomas dan Rojo Thomas.

Selepas berkahwin, Annamma sering menyuruh Jolly untuk mencari pekerjaan memandangkan wanita tersebut mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Namun kerana sedang mengandung, Jolly berjaya mengelak dari mencari pekerjaan.

Namun beberapa tahun kemudian, Jolly mula rasa tergugat dengan kedudukannya di rumah tersebut dan berhajat untuk menguasai keluarga ini dan harta mertuanya. Disinilah bermulanya pembunuhan pertama…

Rancangan licik Jolly Joseph

Jolly Murders Family Tree 16Da168Cea6 Original Ratio

Pembunuhan pertama

Pembunuhan pertama berlaku pada 2002 apabila Annamma tiba-tiba tak boleh bernafas selepas makan sup kambing di rumah. Wanita ini kemudiannya terus dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia. Ekoran wanita ini memang mempunyai sejarah penyakit, kematiannya ini dianggap sebagai komplikasi dari penyakitnya.

Sejurus selepas Annamma meninggal dunia, Jolly terus mengambil alih urusan rumah tersebut dan menjalankan tanggungjawab yang dijalankan oleh ibu mertuanya sebelum ini. Jolly gemar menjamu orang-orang makan dan sukakan perhatian, penghormatan yang diterima oleh Annamma sebelum ini.

Disebabkan ini, Jolly telah berpura-pura bekerja sebagai pensyarah jemputan di Jabatan Perdagangan di sebuah universiti di sana iaitu NIT. Jolly dilihat berulang alik ke NIT setiap hari walaupun hakikatnya dia hanya duduk di kantin universiti tersebut.

Pembunuhan kedua

Pada masa yang sama, Jolly telah memujuk Tom Thomas untuk menjual tanah sebesar dua ekar dengan alasan untuk menyelesaikan hutang suaminya dan pada tahun 2004, Jolly telah melahirkan anak keduanya yang dinamakan sebagai Roland.

Enam tahun kemudian, pada 2008, bapa mertuanya telah didapati sukar bernafas selepas mengambil pil cendawan yang sering diambilnya sebelum tidur di dalam bilik tidurnya dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Doktor di sana mengesahkan lelaki ini meninggal kerana serangan jantung dan seperti Annamma, tiada pembedahan siasat dilakukan ke atas mayat mereka.

Tak lama selepas kematian Tom, Jolly telah memberikan satu wasiat yang didakwa dari bapa mertuanya itu mengatakan bahawa hampir kesemua hartanya diberikan kepada Roy namun Renji dan Rojo tak percaya ekoran dokumen tersebut kelihatan was-was.

Pembunuhan ketiga

Pada tahun 2011, suami Jolly, Roy Thomas juga telah ditemui meninggal dunia di dalam tandas rumah tersebut. Roy telah mengalami sawan sebelum kematiannya sama seperti ibu bapanya. Salah seorang ahli keluarga, Mathew Manjadiyil telah meminta agar bedah siasat dijalankan ke atas Roy dan mendapati lelaki ini meninggal dunia kerana racun sianida.

Jolly mengatakan bahawa suaminya ini telah membunuh dirinya sendiri ekoran mempunyai masalah kewangan dan hutang yang banyak sehingga kes ini diklasifikasikan sebagai kematian kerana membunuh diri.

Pembunuhan keempat

Abang Annamma, Mathew Manjadiyil bagaimanapun tak percaya dengan penerangan Jolly dan mula mengesyaki wanita ini. Ekoran ini, pada tahun 2014, Mathew telah meninggal dunia selepas minum secawan kopi di rumah Jolly.

Pembunuhan kelima

Ketika ini, Jolly telah mula rapat dengan anak buah Tom, Shaju Azharia. Dia merupakan seorang guru dan anak tunggal kepada keluarga yang kaya. Shaju mempunyai dua orang anak dan seorang isteri bernama Sily.

Pada Mei 2014, beberapa hari selepas kematian Mathew, Jolly telah pergi ke rumah Shaju di Kondanchery untuk menghadiri majlis suci anak lelakinya. Tiba pada waktu pagi, Jolly telah membantu untuk masak sarapan dan menyuap anak perempuan mereka Alphine yang baru berusia dua tahun.

Tak lama selepas itu, Alphine tiba-tiba sakit dan dikejarkan ke hospital. Kanak-kanak ini meninggal dua hari kemudian. Kematian Alphine tak dianggap mencurigakan ekoran kanak-kanak ini mempunyai asma sejak lahir.

Pembunuhan keenam

Mangsa terakhir merupakan ibu Alphine iaitu isteri Shaju. Pada Januari 2016 ketika Jolly menemani Sily ke klinik pergigian, wanita ini tiba-tiba rebah dan meninggal dunia. Namun begitu tak ada siapa yang curiga dengan kematian tersebut.

Setahun kemudian, Shaju dan Jolly telah berkahwin sehingga menyebabkan adik beradik Tom mula curiga dengan semua kematian yang berlaku.

Motif pembunuhan

20633116 7652197 Image M 88 1572971657223

Menurut polis, motif pembunuhan berlainan untuk setiap mangsa. Untuk kes Annamma Thomas, polis mendakwa motif Jolly adalah untuk melenyapkan ibu mertuanya ini yang juga merupakan ketua keluarga di rumah tersebut.

Manakala kematian Tom pula dipercayai ekoran bapa mertuanya ini mahu menjual harta-hartanya dan memberikan wang tersebut kepada anak-anaknya yang lain.

Jolly didakwa membunuh suaminya ekoran lelaki ini mula menyoal hubungannya dengan sepupunya M.S Mathew yang bekerja sebagai pengurus di sebuah kedai barang kemas. Selain itu, hubungan mereka sebagai suami isteri juga makin menjauh kerana Roy mula beralih ke alkohol.

Kematian Mathew Manjadiyil pula dikatakan berlaku kerana lelaki ini mula mencurigai Jolly dan sering mendesak supaya siasatan dijalankan atas kematian Roy Thomas.

Manakala kematian Alphine dan Sili pula adalah disebabkan oleh keinginan Jolly yang mahu berkahwin dengan Shaju.

Apa yang berlaku pada Jolly sekarang?

Jolly New 1 16E1C5F8657 Large

Kes pembunuhan ini masih dibicarakan di mana peguam yang mewakili Jolly mengatakan bahawa wanita ini telah dituduh tanpa bukti yang kukuh namun petisyen tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Sesyen.

Pada Mac 2023 yang lalu, seorang rakan rapat Jolly, Johnson memberitahu mahkamah bahawa wanita ini mengaku yang dia telah melakukan keenam-enam pembunuhan itu dan turut mengatakan wanita ini telah meminta tolong untuk membuang mayat-mayat dari tempat pengebumian mereka.

Adik beradik Jolly, Babu Joseph dan Tomy Joseph turut memberitahu mahkamah bahawa wanita ini telah mengaku membunuh ahli keluarganya.

Untuk pengetahuan korang, kesemua mayat yang dikebumikan telah pun dikeluarkan untuk diperiksa. Hasil siasatan mendapati, kandungan sianida hanya ditemui pada Roy dan Sili manakala empat mayat lain tiada kandungan racun sianida.

Sumber: The News Minute, India Today