Hidup berjiran memang perlu saling hormat menghormati dan bertolak ansur. Tetapi keadaan menjadi sukar dan tertekan apabila ada jiran tetangga yang tidak memahami dan sering membuat bising tanpa menghiraukan jiran-jiran lain.
Seorang wanita meluahkan rasa kurang senang dengan sebuah pusat tahfiz di sekitar kejiranannya apabila mendengar bunyi bising sehingga lewat malam.
Pengadu memuat naik ciapan di Twitter, @FarahAmirahAmri, selepas merasakan tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pusat tahfiz tersebut selepas beberapa kali membuat laporan kepada pihak polis.
“Dah lama dah pendam pasal pusat tahfiz ini. Selalu buat bising, waktu orang nak tidur. Agak-agaklah nak menyanyi pada tengah malam.
“Tak reti langsung nak hormat masa penduduk sini. Nama tahfiz tapi bab adab berjiran macam tidak belajar. Berapa kali dah telefon polis, tetapi masih benda yang sama jadi,” katanya.
Dakwanya, ketenteraman penduduk terganggu semenjak ada pusat tahfiz di situ dan mengecam pihak pengurusan yang tidak mengendahkan aduan penduduk. Difahamkan, pusat tahfiz ini terletak di Kampung Lembah Melewar, Batu Caves.
4 Mac 2023 – Dah lama dah pendam pasal tahfiz Madinatul Huffaz by Ustazah Norhafizah Musa and Ustaz Azahar ni. Last month pun buat hal jugak. Tengok malam ni ada lagi entah majlis apa pulak. Suka sangat memekak time pukul 11pm almost 12am, mengganggu waktu orang nak rehat je. pic.twitter.com/ezjfuCPZoc
— amirah✨ ?? (@FarahAmirahAmri) March 4, 2023
Ujarnya, emosinya menjadi sangat terganggu ketika dia baru sahaja selesai menjalani rawatan kemoterapi kerana mendengar bunyi bising dari tahfiz berkenaan sehingga lewat malam.
Ustazah Norhafizah Musa tampil beri respon
Susulan ciapan tersebut, penceramah bebas, Datuk Dr. Norhafizah Musa yang merupakan pemilik pusat tahfiz itu telah mengambil maklum terhadap teguran tersebut dan akan mengaturkan pertemuan bersama pengadu.
Beliau juga telah meminta pihak terbabit untuk menghubunginya bagi menyelesaikan perkara itu.
Baca: “Habistu mayat siapa kat rumah?”- Tinggal Nak Kebumi, Rupanya Anak Masih Hidup!