in

JIMAT! McDonald’s Perkenal 5 Menu Kombo Jimat Harga Tak Sampai RM10

FcsKY VaEAMebYo

Sebut pasal restoran makanan segera atau ‘fast-food’, mustahil McDonalds’s tiada dalam senarai. Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia ini dianggarkan mempunyai lebih 68 juta pelanggan setiap hari. 

Selain mempunyai menu yang sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa, kualiti makanan yang disediakan membuatkan ianya digemari ramai, tidak kira peringkat umur mahupun latarbelakang. 

Hari ini, terdapat lebih 320 cawangan McDonald’s di seluruh negara yang ‘melayan’ lebih daripada 13.5 juta pelanggan setiap bulan dan pastinya ianya digemari ramai disebabkan menu yang pelbagai, harga yang berpatutan serta lokasi yang mudah diakses oleh orang ramai.  

Mekdi 01 1080x1080

Kalau korang nak tahu, McDonald’s ada memperkenalkan kombo makanan tengah hari baharu iaitu Kombo Jimat yang didatangkan dengan satu hidangan utama dan juga air. 

Pengenalan Kombo Jimat baru-baru ini membolehkan menu kegemaran ramai di McDonald’s boleh dinikmati dengan harga kurang dari RM10!

1 11 2 12 3 8 4 3 5

Dengan Kombo Jimat ini, 5 menu kegemaran ramai ditawarkan dengan harga dibawah RM10 bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang setiap hari dari 15 September sehingga 12 Oktober 2022!

Antara menu yang akan ditawarkan ialah : 

  • McChicken + Ice Lemon Tea
  • 6pcs Chicken McNuggets + Ice Lemon Tea
  • Double Cheeseburger + Ice Lemon Tea
  • Filet-O-Fish + Ice Lemon Tea
  • Spicy Double Beef Burger + Ice Lemon Tea

Dengan adanya Kombo Jimat ni, setidaknya adalah jugak pilihan makanan yang best dan menjimatkan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa. 

Pesan Kombo Jimat korang di McDonald’s berdekatan atau buat pesanan online menggunakan aplikasi McDonald’s! 

P/s : Harga akan berbeza di McDelivery, foodpanda, Grabfood dan Shopeefood.

Sumber: McDonald's