in

Jim Thompson: Kisah Kehilangan Misteri ‘Businessman’ Amerika Di Cameron Highlands Pada 1967

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak tahu, masa tahun 1967, seorang ahli perniagaan Amerika, Jim Thompson telah hilang secara misteri disebalik bukit di Cameron Highlands. Kehilangannya ini telah menimbulkan kekecohan bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.

Tapi malangnya, sehingga ke hari ini siasatan ke atas misteri kehilangan ahli perniagaan ini masih belum terungkai dan tak ada siapa yang tahu apa yang berlaku pada dirinya. Siapa Jim Thompson ni sebenarnya dan apa yang berlaku di Cameron Highlands sehingga dia boleh hilang tanpa jejak?


Siapa Jim Thompson?

Jim Thompson

Dilahirkan di Delaware, Amerika Syarikat, James Harrison Wilson Thompson atau lebih dikenali dengan gelaran Jim Thompson sebelum ini pernah berkhidmat sebagai tentera di negaranya sebelum memulakan syarikat tenun sutera di Thailand.

Jim Thompson merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikatnya memang dikenali berkualiti tinggi. Malah, usaha syarikatnya ini juga telah berjaya menghidupkan semula industri sutera di Thailand dan rumahnya di Bangkok telah menjadi salah satu destinasi persinggahan pelancong sehingga hari ini.

Namun begitu, Jim Thompson bukan hanya ahli perniagaan semata-mata. Kalau korang nak tahu, dia merupakan ahli Pejabat Perkhidmatan Strategik (OSS) atau hari ini ia dikenali sebagai Agensi Perisikan Pusat (CIA). Kiranya dia ni spy lah ya…

Kehilangan Jim Thompson

Jim Thompson Cottage Cameron Highlands

Artikel berkaitan: “Siang indah, malam seram” – Zulin Aziz Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Di Cameron Highlands

Artikel berkaitan: “Siapa yang buat kerja jijik ni?” – Caprice Jumpa Bungkusan ‘Misteri’ Atas Kereta Isteri

Pada tahun 1967, Jim Thompson telah datang ke Malaysia dari Thailand untuk bercuti bersama tiga rakannya. Ketika melawat Cameron Highlands, mereka telah duduk di Moonlight Cottage yang terletak di Tanah Rata dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Pada hari kejadian, Jim dan rakan-rakannya ini telah pergi ke gereja untuk menghadiri upacara hari Ahad di All Souls’ Church yang terletak berhampiran banglo mereka sebelum pulang untuk berehat.

Namun kemudiannya, Jim telah memberitahu rakannya bahawa dia mahu keluar berjalan di luar dan ambil angin. Malangnya, itu kali terakhir mereka melihat lelaki tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan oleh polis tempatan, sukarelawan serta anjing pengesan. Selama 11 hari mereka meredah hutan tebal untuk mencari lelaki tersebut namun gagal menemui apa-apa petanda sama ada lelaki itu masih hidup atau pun dah meninggal dunia.

Ekoran ini, ramai orang pada ketika itu mula membuat pelbagai teori mengenai misteri kehilangan Jim Thompson ini. Malah, ramai penyiasat yang telah cuba untuk selesaikan kes ini namun masih tidak berjaya.

Teori tentang apa yang berlaku kepada Jim Thompson

Jim Thompson Livingroom

Seorang pakar mencari dan menyelamat, Llewellyn Toulmin telah mengeluarkan laporan pada tahun 2015 menceritakan tentang kehilangan Jim Thompson dan apa yang mungkin telah berlaku kepada ahli perniagaan tersebut.

Salah seorang sumber mendakwa bahawa Jim telah menunjukkan simpatinya terhadap pihak komunis ketika Perang Vietnam sehingga dia dibunuh oleh OSS.

Namun Toulmin mengatakan tiada sebarang bukti mahu pun petunjuk yang mengatakan Jim telah membelakangkan OSS dan dikatakan telah berkhidmat dengan baik. Malah pihak Amerika Syarikat turut meminjamkan helikopter bagi membantu misi mencari dan menyelamat pada ketika itu.

Toulmin juga turut menolak teori mengatakan bahawa Jim telah meninggalkan kawasan tersebut menggunakan kereta. Namun pakar ini mengatakan, pada zaman tersebut kereta  sesuatu yang jarang ditemui di Cameron Highlands, jadi bunyi kenderaan pada ketika itu pasti akan ada yang perasan.

Selain itu, ada juga teori mengatakan dia telah diculik oleh pengganas. Ini ekoran pada ketika itu baru sahaja bermula Darurat Kedua di mana hutan-hutan telah dipenuhi dengan gerila komunis.

Pembikin dokumentari Who Killed Jim Thompson, Barry Broman mengatakan dalam filemnya bahawa seorang rakan memberitahunya bahawa bekas pemberontak telah mengaku sebelum kematiannya bahawa Jim telah dibunuh oleh gerila komunis.

Chin Peng National Archives Malaysia Afp

Teori lain pula mencadangkan bahawa berlakunya pertengkaran antara kekasih yang membuatkan ianya berakhir dengan kematian lelaki ini. Lebih-lebih lagi diketahui bahawa Jim mempunyai kehidupan romantik yang bermasalah dengan perkahwinannya yang singkat serta terdapat khabar angin mengenai seksualitinya

Namun begitu, Toulman menolak kemungkinan ini ekoran tiada bukti mencukupi untuk menyokong kehilangannya ini.

Teori yang paling praktikal sekali adalah, Jim telah tersesat ke dalam hutan dan dimakan oleh harimau. Ini kerana, sehari sebelum kehilangannya, Jim telah tersesat ke dalam hutan bersama seorang rakannya dan hanya jumpa jalan keluar beberapa jam kemudian.

Atau pun, dia telah tersesat di dalam hutan tebal dan terjatuh ke dalam mana-mana gaung dan tak dapat dijejaki oleh orang lain. Ini kerana, Jim ketika itu pun telah berusia dan mempunyai beberapa masalah kesihatan yang boleh melemahkannya.

Disebabkan hutan di sana sangat tebal dan luas, tak mustahil pihak mencari dan menyelamat tak dapat menemui apa-apa kesan yang menunjukkan Jim telah mati dibaham harimau atau terjatuh di mana-mana.

Tapi kalau korang rasa korang boleh selesaikan misteri ni, korang bolehlah pergi ke Cameron Highlands dan jalan di Jim Thompson Trail. Mana tahu korang tiba-tiba jumpa klu ke?

Haritu min pergi Nights of Fright dekat Sunway Lagoon, dorang ada juga tayangkan dokumentari pasal Jim Thompson ni. Teori dorang mengatakan bahawa Jim Thompson telah diculik oleh bunian. Korang rasa apa yang berlaku sebenarnya?

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.