in

“Jika ke hospital lebih awal, peluang hidup tinggi” – Doktor Rungkai Bagaimana Kecederaan Zulfarhan Bawa Kematian

Ft Doktor Zulfarhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai kes bekas penuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang didera sampai maut pada 7 tahun lepas kembali hangat setelah enam suspek yang terlibat dijatuhkan hukuman gantung sampai mati semalam.

Namun begitu, masih segar di ingatan orang ramai mengenangkan kekejaman yang tak terhingga terhadap arwah, lebih-lebih lagi apabila suspek menekap seterika ke badan mangsa.


Artikel berkaitan : “Terbukti Along tak bersalah” – Adik Arwah Zulfarhan Zahir Rasa Syukur Keadilan Memihak Kepada Abang

Artikel berkaitan : “Punca segala kejadian” – Netizen ‘Throwback’ Kes Zulfarhan, Pencuri Sebenar ‘Laptop’ Kekal Misteri

Dr Samhan menerusi postingnya di X, mendedahkan keperitan yang dialami arwah apabila arwah tidak mampu buat apa-apa selain meraung kesakitan saat dia diseterika oleh suspek.

Screenshot 2024 07 24 174742

Menjelaskan semula punca kematian Zulfarhan, Dr Samhan berkata ia adalah kombinasi antara hipervolemia, masalah jantung, dan kegagalan buah pinggang. Untuk gambaran lebih jelas, doktor ini kongsikan bagaimana kesemua ini saling berkait dan boleh membawa kematian.

 

Jelasnya lagi, akibat luka melecur teruk yang dialami Zulfarhan, dia telah kehilangan banyak cecair daripada dalam badannya malah pemberian cecair intravena yang berlebihan dalam usaha untuk mengatasinya menambah beban pada jantung dan buah pinggang.

Ia sekaligus membawa kepada kegagalan pada organ-organnya yang membawa kepada kematian. Jadi sebagai seorang doktor, Dr Samhan percaya yang andaikata Zulfarhan dibawa ke hospital lebih awal, pelung untuk dia hidup mungkin lebih tinggi.

Al-fatihah kepada arwah.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.