Umum mengetahui, malam ini bakal berlangsung konsert kumpulan dari United Kingdom (UK) iaitu Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena dengan konsert jelajah mereka Music of The Spheres.
Terbaru, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengesahkan kill switch akan digunakan semasa konsert tersebut pada malam ini.
Artikel berkaitan: “Apa beza dengan konsert Aina Abdul?” – Caprice Buka Mulut Isu Konsert Coldplay
Artikel berkaitan: “Mengapa dihalang kumpulan sokong Palestin” – PMX Bakal Berbincang Dengan Mufti Isu Konsert Coldplay
Yang berhormat menteri juga berkata agensi pusat bagi permohonan penggambaran dan persembahan artis luar negara (Puspal) telah berbincang berkenaan perkara ini dengan penganjur konsert itu.
“Perbincangan antara Puspal dan penganjur sangat positif. Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga berkata bahawa kumpulan itu sangat menyokong Palestin. Kami amat yakin tentang konsert hari ini,” katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa berkata suis itu akan menghentikan konsert sekiranya ia melanggar garis panduan seperti yang telah ditetapkan.
Selain itu, Fahmi Fadzil turut menasihati penonton konsert yang hadir pada malam ini untuk menggunakan pengangkutan awam dan ia akan beroperasi sehingga tengah malam.
Sebagai info, sebelum ini pihak kerajaan telah mendapat tekanan dari beberapa pihak untuk membatalkan konsert itu susulan ianya dilihat tidak menghormati peperangan yang kini sedang berlaku di Gaza.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan supaya konsert kumpulan dari UK itu diteruskan.
Sumber: FMT