in

“Jijiknya!” – Ada Netizen Sebar Mesej di Whatsapp, Saran Orang Ramai Letak Panty Liner Dekat Mask

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim jerebu ni semua orang memang dinasihati untuk kurangkan outdoor activities. Kalau nak keluar rumah pun doktor sarankan kita untuk pakai topeng muka tu. Bukan kata time jerebu jelah kiranya, kalau tak sihat batuk batuk pun kita kena pakai mask kan?


Gambar hiasan

Tapi, seorang doktor terkejut bila dia dapat broadcast message di Whatsapp pasal topeng muka! Menurut Doktor Khairul Hafidz, mesej tu menunjukkan hack menggunakan topeng muka bersama benda lain.

Bukan tu je, group Whatsapp tu juga ‘sumpah’ yang cara tu boleh elakkan kesan negatif daripada jerebu.

Tau tak, group Whatsapp tu saran kita semua untuk lekatkan panty liner dekat mask tu!

Sumber: Twitter

Dapat di WhatsApp group ada yang menjual mask & suruh tampalkan dengan panty liner.”

Jangan percaya kalau ada yang suruh buat macam ni. Panty liner letaknya di bawah bukan di mask.”

Lepas tu, kata mereka dengan cara macam tu kita boleh hindar dari bakteria, elak habuk, sesuai untuk orang selsema dan macam-macam lagi.

Sumber: Twitter

Bagaimanapun, doktor Khairul juga sempat bagitau netizen topeng muka paling sesuai dipakai waktu jerebu ni bukan topeng muka biasa, bukan topeng muka tampal panty liner tapi topeng muka jenis N95.

Gambar hiasan

Ramai netizen yang bacca posting doktor Khairul rasa benda ni merepek sebab membabitkan panty liner. Ada juga yang rasa benda ni kelakar dan tak boleh nak ‘brain’ kalau ada yang percaya.

Sumber: Twitter

Tak sekarang ni orang yang pandai pandai suggest tu pakai tak macam ni?

Baca: Selamat Ke Makan Kentang Dah Tumbuh Tunas? Baca Penerangan Doktor Ni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.