Semasa menyewa sesuatu tempat, ramai yang tahu bahawa kita perlu mengemas dan membuang sampah sebelum check out. Tapi, masih ada di antara kita yang pandang remeh perkara ini dan masih mengotorkan tempat berkenaan sebab dah bayar cleaning fee.
Cuba bayangkan kalau masih ramai yang bersikap sebegini, ia pasti akan menyusahkan pekerja pembersihan dan juga pemilik tempat berkenaan.
Baru-baru ini, dalam satu perkongsian di laman Facebook seorang wanita yang merupakan pekerja pembersihan homestay meluahkan rasa kesal terhadap sikap sebuah keluarga yang meninggalkan homestay dalam keadaan yang kotor!
“Customer dari neraka! Sorry to say hampa ingat senang ke jadi cleaner? Apabila dapat customer buat rumah macam masuk hutan, macam inilah jadinya,” katanya melalui posting Facebook.
Wanita tersebut juga telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan homestay yang kotor dan bersepah selepas mereka sekeluarga check out.
Dia mengatakan, “Owner homestay menetap di luar Cameron Highlands, jadi saya mengambil alih tolong jaga dan menjadi cleaner separuh masa.”
Keluarga tersebut dikatakan mendaftar masuk pada 6 Oktober dan mendaftar keluar pada 8 Oktober. Seperti biasa, selepas mereka check out individu ini akan melakukan tugas pembersihan.
Alangkah terkejutnya bila dia membuka pintu, keadaan homestay itu seperti baru dilanda ribut. Sampah tak dibuang, sisa makanan bersepah dan perabot dialihkan sesuka hati.
“Buka pula peti ais, mengucap panjang. Dalam tandas pula, ada ‘bukti’ dalam mangkuk tandas tapi saya tak muat naik gambar sebab jijik,” ujar wanita tersebut.
Setelah memaklumkan perkara ini, pemilik homestay berkenaan bertanya kepada keluarga tersebut dan mereka mengaku melakukannya. Pemilik itu telah mengambil tindakan dan terpaksa burn deposit mereka untuk menanggung kos pembersihan.
Dia mengambil masa selama 4 jam untuk membersihkan homestay berkenaan yang sebelum ini hanya makan masa sejam sahaja.
Anda boleh baca posting asal di sini.
Kepada pengguna di luar sana, betul kita dah bayar cleaning fee tapi kita kena juga tahap kebersihan dan kekemasan tempat yang kita menginap.
Baca : ‘Tuan Homestay’ Terus Cancel Booking, Sebab Hanya Nak Penyewa ‘Melayu & Cina’ Je