Penyanyi kontroversi, Baby Shima baru-baru ini memuat naik hantaran menunjukkan bahawa dia telah menerima ugutan bunuh dari seorang individu yang tidak dikenali melalui media sosial.
Menerusi Instagram, Shima telah memuat naik tangkap layar komen yang dibuat oleh individu terbabit serta turut sertakan gambar individu tersebut beserta gambarnya di balai polis bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing di balai polis.
Artikel berkaitan: “Isu besar tau! L*wat budak2” -Baby Shima Sindir Pihak Yang ‘Diam’Isu GISBH
Artikel berkaitan: “Bertopengkan kopiah” – DM Lucah & Ajak Nikah, Baby Shima ‘Expose’ Lelaki Gatal
Menurut kapsyen penyanyi ini, Dato Sri Tiong King Sing turut hadir ke balai polis pada jam 2 pagi di Balai Polis Sibu untuk bersama-sama membuat laporan berkenaan ugutan yang diterimanya itu.
View this post on Instagram
Dalam perkongsian tersebut juga, pelantun lagu Pura-Pura Bujang ini juga turut meminta kerjasama pihak polis Sarawak untuk menjejaki individu di sebalik akaun bernama Mel Maxpherson Munded.
LAGI U MASUK SARAWAK!! Hati2 Your enemy now M u sudah!! Jgn pulang Melaya dengan mayat saja, ok! Take care Baby Shima.”
Rata-rata netizen yang melihat perkongsian Shima ini telah meminta penyanyi tersebut untuk berhati-hati sepanjang berada di Sarawak. Selain itu, mereka juga turut memuji keberanian Shima untuk membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya ini.
Sumber: Instagram