Isu peniaga menjual di lampu isyarat dan tepi jalan sudah lama dibincangkan oleh rakyat Malaysia. Ada yang beranggapan mereka patut didenda kerana mengganggu keselamatan jalan raya. Namun, ada juga yang beranggapan mereka perlu diberi peluang kerana ekonomi sekarang yang tidak menentu.
Kemalangan sebab beli jeruk mangga
Baru-baru ini, tular sebuah video rakaman yang memperlihatkan sebuah motosikal mengalami kemalangan gara-gara ada kereta yang berhenti di tengah-tengah jalan untuk membeli jeruk mangga.
Dalam video yang berdurasi selama 46 saat itu, kelihatan kereta Perodua Axia berhenti di simpang kanan jalan untuk membeli jeruk mangga dari peniaga jalanan. Kereta di belakang, X-Trail pula terpaksa berhenti secara mengejut dan menghala ke sisi kiri jalan, sebelum dilanggar oleh sebuah motosikal.
Bertambah malang buat penunggang motosikal tersebut, kedua-dua kereta Axia dan dibelakangnya itu tidak berhenti untuk membantu. Namun, mereka meneruskan perjalanan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Turut kelihatan peniaga jalanan itu berlari dan membantu penunggang motosikal yang kemalangan.
https://twitter.com/wnremi/status/1568129354902929413
Siapa yang salah?
Video tersebut ternyata tular dan menjadi isu perdebatan dalam kalangan warganet. Siapa yang salah di dalam video tersebut – peniaga jalanan, kereta Axia yang berhenti, kereta X-Trail yang tiba-tiba mengubah laluan atau penunggang motosikal?
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet menyalahkan peniaga jalanan yang menjadi punca kepada kejadian ini.
“Aku harap org Malaysia tolong jgn normalise kan beli beli mangga/jeruk tepi jalan macam ni. Selagi ada org membeli selagi tu ada org menjual. Jalan raya bukan tempat berniaga”, tulis seorang warganet.
Menurut seorang individu, pemandu kereta X-Trail tersebut sudahpun membuat laporan polis dan peniaga jalanan itu telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Kredit: wnremi
BACA: Penjual Jeruk Kena ‘Sound’ Dengan Polis Sebab Halang Lalu Lintas