in

“Jepun takde dalam list?!” – 5 Negara Ini Raih Gelaran Negara Terbersih Tahun 2025

Untitled design 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila cakap pasal negara bersih, kita mesti terus fikir negara Jepun yang sering dianggap sebagai negara yang sangat mementingkan kebersihan. Mana taknya, longkang dekat sana pun jernih je siap ada ikan berenang.

Tapi kalau korang nak tahu, Jepun sebenarnya bukan negara terbersih di dunia kalau ikut data daripada World Population Review. Malah dalam senarai tersebut, Jepun hanya berjaya menduduki kedudukan ke-27 dan tak mampu bersaing dengan negara-negara barat yang jauh lebih baik. Seriouslah?


Sebenarnya, tahap ‘bersih’ sesebuah negara tu bukan sekadar dinilai dari aspek sampah atau kitar semula je. Faktor macam kualiti udara, air yang selamat diminum, tenaga hijau, sehinggalah cara tenaga dihasilkan pun memainkan peranan penting dalam menentukan kebersihan sesebuah negara tersebut.

1. United Kingdom

2

Sebenarnya, negara UK adalah antara negara yang amat serius dalam menjaga alam sekitar. Sejak tahun 1990, mereka dah berjaya turunkan pelepasan karbon hampir separuh. Salah satu sebabnya, loji arang batu juga sudah banyak ditutup dan tenaga hijau macam offshore wind semakin berkembang pesat.

Bukan tu je, UK turut menekankan soal pengurusan sampah juga. Menurut portal Lets Recycle, kadar kitar semula untuk Wales ialah 57%, Ireland Utara 50.2%, Scotland 42.1%, manakala England dianggarkan sebanyak 44.0%.

UK menghasilkan sebanyak 25,913,000 tan jumlah sisa pada tahun 2023, di mana sebanyak 11,554,000 daripadanya telah dikitar semula.

Pada tahun 2023, UK menghasilkan sebanyak 25,913,000 tan jumlah sisa, dan daripada jumlah itu, 11,554,000 tan berjaya dikitar semula. Statistik juga menunjukkan sebanyak 12,727,000 tan sisa pembungkusan dihasilkan pada tahun 2024, dengan 8,154,000 tan daripadanya telah dikitar semula.

UK turut mengenakan denda kepada sesiapa yang mencemarkan kawasan tertentu seperti London dan Bradford, kerana kawasan tersebut telah ditetapkan sebagai Clean Air Zone.

Artikel Berkaitan: “Tangkap tikus, dapat RM3” – MPAJ Beri Ganjaran Wang Tunai Tangkap Tikus Di Kawasan Pasar Ampang Dan Sekitarnya – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: “Nampak bersih tapi penuh bakteria?” – Terkejut Bila Guna ‘Bacteria Detector’ Lepas Makan, Colgate Total Memang Penyelamat! – Lobak Merah

2. Finland

3

Finland adalah salah satu negara yang terkenal dengan kebersihannya, dari udara segar sehinggalah ke air minumnya. Negara ini juga amat menekankan sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Menurut World Health Organization (WHO), Finland konsisten berada dalam senarai negara yang terbersih di dunia. Hal ini kerana, Finland mempunyai peraturan alam sekitar yang ketat serta sistem pengangkutan awamnya yang efisien banyak bantu dalam mengurangkan pencemaran di bandar.

Pada tahun 2025, akhirnya Finland berjaya menutup loji tenaga arang batu yang terakhir. Langkah ini adalah sebahagian daripada misi untuk menghapuskan arang batu sepenuhnya menjelang tahun 2029, selepas undang-undang larangan penggunaan arang batu diluluskan pada tahun 2019.

Kini, tenaga boleh diperbaharui seperti angin, tenaga matahari, bioenergi dan tenaga air semakin berkembang di Finland, secara tidak langsung telah banyak membantu rakyat jimat kos dan mengurangkan pelepasan karbon dengan ketara.

3. Jerman 

4

Bagi yang tak tahu, Jerman sebenarnya sudah lama sinonim dengan program Energiewende, iaitu peralihan tenaga secara besar-besaran daripada arang batu kepada tenaga hijau.

Negara ni banyak melabur dalam tenaga angin dan solar, di samping mengenakan peraturan ketat untuk pengurangan pencemaran udara. Kesedaran masyarakat pun tinggi sebab pendidikan alam sekitar dah jadi budaya sejak sekolah lagi.

Dari segi pengurusan sampah, Jerman antara negara yang terbaik di dunia. Hampir 68% sampah berjaya dikitar semula, malah untuk sampah pembinaan pun lebih 86% dah digunakan semula atau diproses. Sistem ekonomi kitar semula mereka pun makin maju, dengan sasaran supaya produk lebih mudah dibongkar dan dikitar semula.

Jerman juga konsisten jaga kualiti udara dengan undang-undang alam sekitar yang ketat. Walaupun mereka masih menggunakan loji arang batu, namun kerajaan Jerman sudah merancang untuk menghentikan penggunaannya sepenuhnya menjelang tahun 2038.

4. Luxembourg 

5

Sejak 2020, negara ini telah menyediakan pengangkutan awam seperti bas, trem dan kereta api secara percuma. Tujuannya adalah untuk mengurangkan penggunaan kereta peribadi supaya udara di bandar juga jadi lebih bersih.

Selain itu, kerajaan Luxembourg juga ada rancangan jangka panjang melalui Pelan Tenaga & Iklim Nasional dengan sasaran mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 55% menjelang tahun 2030 nanti.

Tenaga boleh diperbaharui macam solar dan biogas juga ditekankan dengan matlamat 37% daripada jumlah tenaga negara datang daripada sumber hijau. Tak cukup dengan itu, kerajaan juga ingin meningkatkan kecekapan tenaga termasuklah dengan cara rakyat guna elektrik seharian.

Visi jangka panjang Luxembourg adalah untuk menjadi negara bebas pencemaran karbon sepenuhnya menjelang tahun 2050. Oleh itu, kerajaan banyak memberi sokongan kepada rakyat dengan menggalakkan penggunaan kereta elektrik, menambah stesen pengecas, serta memperbanyakkan kawasan hijau di dalam bandar.

5. Estonia 

6

Siapa sangka, negara kecil inilah yang jadi juara? Estonia berjaya cata skor EPI 75.7, menjadikannya negara yang mempunyai kualiti alam sekitar terbaik tahun ini.

Walaupun kecil, Estonia sangat memandang serius terhadap kelestarian alam sekitar. Negara ini sudah banyak beralih daripada penggunaan arang batu kepada tenaga boleh diperbaharui seperti angin, solar dan biomassa. Lagi best, diaorang siap guna teknologi digital untuk pantau udara dan sumber alam juga tau!

Separuh daripada tanah Estonia ni juga diliputi dengan hutan dan taman nasional yang terjaga. Jadi tak peliklah kalau negara di sini terasa bersih, segar dan tenang.

Secara asasnya, bersihnya sesebuah negara tu bukan sekadar cara pembuangan sampah saja. Ada banyak faktor lain yang boleh mendorong kepada persekitaran bersih, terutamanya dalam penggunaan tenaga hijau dan perancangan bandar yang mesra alam.

Negara-negara terbersih di dunia ini memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka memandang serius terhadap kelestarian alam sekitar sehingga melabur banyak dalam tenaga boleh diperbaharui, di samping mengenakan tindakan undang-undang yang ketat kepada yang melanggarnya. Secara tak langsung, rakyat pun akan perolehi kesedaran yang tinggi mengenai penjagaan alam sekitar.

Jadi, kalau Jepun yang terkenal dengan sikap disiplin pun boleh kalah dengan negara Barat, maknanya kita ada banyak lagi yang perlu belajar. Harapnya, negara kita boleh sama-sama berusaha untuk menjadi negara yang mesra alam dan sihat untuk semua.

Sumber: World Population Review, IDN Times

 

Sumber: ChrisSteer
Sumber: af_istocker
Sumber: imaginima
Sumber: KvdB50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.