in

“Jenuh nak kira”- Wanita Beli Motosikal Guna Duit Syiling Yang Dikumpul Selama 5 Tahun

Feature 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang nak kumpul duit untuk beli sesuatu yang kita inginkan. Tambah-tambah lagi sekarang ekonomi pun tak menentu. Kadang-kadang, kita terpaksa keluarkan wang simpanan untuk digunakan ketika kecemasan.



Namun, buat seorang wanita Indonesia ini pula, berkat kerajinannya menabung, dia berjaya membeli sebuah motosikal menggunakan wang syiling yang telah dikumpul!

Menurut Suara.com, video wanita tersebut membeli motosikal tersebut telah tular di TikTok sekitar April lalu setelah dimuat naik oleh pengguna platform tersebut yang dikenali sebagai siwipanca.

@siwipanca

fyp… beli motor pakai koin… ibu ini nabung selama 5 tahun…😍😍

♬ Shalawat – UNGU

Difahamkan, wanita tersebut telah menabung duit syiling berkenaan selama lima tahun dan dia telah menggunakannya untuk membeli motosikal Honda Scoopy yang dijual dengan harga Rp 19,7 juta (kira-kira RM5675).

Motor 4

Motor 3

Dalam video berkenaan, dapat dilihat yang duit syiling terbabit telah diasingkan mengikut jumlahnya untuk memudahkan proses pengiraan wang oleh staf kedai motor.

Motor 2

Rata-rata netizen kagum dengan usaha wanita tersebut sebab tekun dan gigih mengumpul wang untuk merealisasikan impiannya memiliki motosikal idaman.

Photo6185974442639862644

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 1.2 juta kali dan telah mendapat lebih seribu komen daripada netizen yang berpendapat sikap menabung wanita ini patut dijadikan contoh (ketika artikel ini ditulis).

So, ini membuktikan kalau kita ada keazaman yang kuat dan kesabaran yang tinggi, memang tiada yang mustahil di dunia ni. 

Sumber: Suara.com, Tiktok Siwi Panca

Baca: “Borong motor sudah biasa” – Sekampung Borong Kereta Mewah Lepas Dapat Wang Pampasan Dari Syarikat Minyak

Mobil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.