Apabila memandu di jalan raya yang sesak, sebagai pemandu kereta mahupun penunggang motosikal, kita seharusnya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Walaupun trafik berada dalam keadaan yang perlahan, tetapi kemungkinan untuk berlanggar dengan kereta hadapan atau belakang agak tinggi.
Seperti video yang tular baru-baru ini di laman Twitter, sebuah motosikal melanggar motosikal yang lain ketika sedang berada diantara dua lane.
https://twitter.com/anthraxxx781/status/1518430766069280769?s=20&t=YJBcSfpBWJxgrWmgFt94fA
Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @anthraxxx781 itu mengundang kecaman netizen kerana dalam video tersebut, penunggang motosikal tersebut menyalahkan pemandu kereta yang berada di lorong kanan, seakan-akan kemalangan itu berpunca daripada kereta tersebut.
Bukan itu sahaja, netizen lebih ‘hangin’ apabila penunggang motosikal itu tidak membantu mangsa yang dilanggar, nasib baik ada beberapa penunggang motosikal lain yang turun membantu.
“Motor je besar, otak kecik…”
Selepas video tersebut tular dengan tontonan sehingga 501K dan 2.5K likes di Twitter, ramai netizen yang meluahkan kemarahan terhadap penunggang motosikal yang ‘play victim’ itu.
Apa-apa pun jadilah penunggang yang berhemah ok gais?